PKR akan mengemukakan senarai calon berkebolehan dan bakal calon yang mempunyai kualiti kepimpinan bagi mengisi 14 kerusi senator, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Kami telah meneliti senarai calon dan bakal calon yang akan dikemukakan tidak lama lagi, kami memerlukan sedikit masa untuk melakukannya," katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat PKR Labuan dan rumah terbuka Hari Raya di sini malam tadi.

Saifuddin berkata jumlah kerusi yang kosong akan ditambah secara berperingkat dan 14 kerusi senator yang ada akan diberi kepada semua parti komponen Pakatan Harapan.

-- BERNAMA