awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/04/2024
05:00 MYT
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Saifuddin Nasution memberitahu, Kelantan mencatatkan pertambahan sebanyak 2,027 ahli, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan ahli seramai 60,356. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, negeri Pantai Timur itu mencatatkan pertambahan sebanyak 2,027 ahli, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan ahli seramai 60,356.
"Ada satu kelebihan dari segi nilai pertambahan (Kelantan) sepanjang dua minggu... tiga minggu terakhir.
“Lonjakan keanggotaan baharu Kelantan adalah antara yang tertinggi di negara kita iaitu pada kedudukan nombor dua selepas Selangor (5,770 ahli baharu)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini. pada Ahad.
Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan, Selangor terus kekal menjadi negeri yang memiliki rekod keanggotaan tertinggi iaitu seramai 344,386 pada tahun 2024 berbanding 338,616 ahli tahun lalu.
Katanya, Sabah berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan jumlah keanggotaan seramai 185,004 ahli.
Sementara itu, Sarawak berada pada kedudukan ketiga dengan jumlah keanggotaan seramai 86,315, diikuti Perak (83,688), Kedah (68,726), Pulau Pinang (66,700), Johor (65,160), Kelantan (60,356).
“Seterusnya, Negeri Sembilan (53,795), Wilayah (42,012), Pahang (35,746), Melaka (30,905), Terengganu (20,163) dan Perlis (10,256).
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan keanggotaan kongres PKR pada tahun ini seramai 1,153,212 berbanding 1,136,683 tahun lalu,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PKR
#Kelantan
#Konvensyen PKR
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan