Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan khabar angin mengenai pertukaran kerusi Parlimen Port Dickson dan Parlimen Jelebu antara UMNO dan MIC sebagai satu spekulasi sahaja.
"Saya tidak tahu pertukaran kerusi ini... macam mana dia orang boleh tahu, nama calon pun belum diumumkan lagi... jadi macam mana pula orang boleh tahu orang pergi mana... itu semua spekulasi sahaja," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa Ketua Bahagian UMNO Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan dicalonkan di kerusi Parlimen Port Dickson yang sebelum ini merupakan kerusi MIC dan sebagai gantinya kerusi Parlimen Jelebu yang tradisinya ditandingi UMNO diserahkan kepada MIC.
Khabar angin pertukaran kerusi itu semakin kencang berikutan pelbagai pandangan disuarakan akar umbi di media sosial.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata kalau betul pun beliau berharap itu adalah keputusan pucuk pimpinan.
"Sebagai ahli parti memang pun kita hendak calon kita untuk bertanding. Tetapi kalau calon kita tidak dinamakan untuk bertanding, kita kena akur dengan keputusan pucuk pimpinan," katanya.
Mohamad berkata beliau yakin pucuk pimpinan membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai sudut pandangan dengan skop yang lebih meluas berbanding dengan peringkat bawah yang perspektifnya adalah lebih kecil.
Justeru, beliau berkata jika pertukaran kerusi itu berlaku diharap BN Negeri Sembilan menerima keputusan berkenaan kerana dalam pilihan raya, parti lebih penting daripada calon yang hanya mewakili parti.
"Jadi, yang bertandingnya BN...siapa yang diberikan mandat (kepercayaan) oleh pucuk pimpinan kita kena akurlah. Saya yakin sebagai ahli parti yang sayangkan parti dan nak melihat parti terus diberi mandat untuk mentadbir kerajaan selepas pilihan raya, semua orang akan balik kepada pangkal jalan.
"Oleh itu kita kena kerja kuat dan gerakkan jentera untuk pastikan BN berjaya dan menang dalam PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) ini. Tidak guna kita marah kerana calon kita tidak dicalonkan, kita kalahkan parti kita (sabotaj)...itu bukan caranya. Sebagai ahli parti kita berfikir secara matang dan kita nak pastikan parti kita menang," katanya.
Mengenai kemungkinan terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN negeri ini yang digugurkan pada PRU14 kali ini dan tidak boleh menerima hakikat itu, beliau meminta mereka mesti berbesar hati kerana telah pun memegang jawatan tersebut boleh jadi sudah lama sehingga tiga ke empat penggal.
"Jadi, kita berilah kepada orang lain pula supaya kita dapat memberi imej baharu kepada parti kita. Dulu semasa kita bertanding orang bekerja kuat untuk memenangkan kita dan apabila masanya kita tidak dicalonkan lagi dan diberikan kepada pemimpin muda atau pun orang lain, kita juga mesti membalas seperti mana orang menolong kita semasa PRU13 dulu.
"Jangan bila orang sudah tolong kita dulu, sekarang bila sampai orang lain punya masa, kita buat tak faham, malah mensabotaj dari dalam," katanya.
Beliau berkata jawatan sebagai Yang Berhormat bukan kekal dan kalau sudah tidak dicalonkan , perlu reda serta menerima hakikat selain daripada perlu membalas jasa mereka yang dahulu bertungkus lumus membantu memastikan kemenangan parti.
"Jadi, jangan kita tamak, kita mesti sama-sama tolong...itu nasihat saya secara umum kerana saya yakin ada juga penyandang jawatan tidak akan dicalonkan semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 17 2018
MOHAMAD: Saya tidak tahu pertukaran kerusi ini...macam mana dia orang boleh tahu, nama calon pun belum diumumkan lagi. - Gambar fail
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Kompleks latihan OKU kedua Sabah dibina di Sandakan
Dengan kos pembinaan RM3.2 juta ringgit, kompleks latihan yang sedang dalam pembinaan itu adalah yang kedua di Sabah selepasKompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan MP - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang
Peruntukan RM1.41 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar Sabah
Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM17.8 bilion.
Legasi besar Mutang Tagal untuk etnik Orang Ulu
Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa dalam menyatukan masyarakat Orang Ulu.
GPS, PBB dukacita atas pemergian Mutang Tagal
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Mendiang Datuk Mutang Tagak bukan sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga kenalan rapat seluruh ahli keluarga.
DUN Sarawak bertafakur seminit peringati Mutang Tagal
Sebagai tanda penghormatan kepada Mendiang Datuk Muntang, Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta seluruh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk bertafakur selama satu minit.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.