Pusat mengundi secara rasmi seluruh negara telahpun ditutup jam 5 petang pada Rabu (9 Mei), dan sehingga tarikh bertukar pada jam 12 malam masih belum ada lagi pengumuman keputusan rasmi penuh dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah wartawan Astro AWANI di Kedah dan di Perlis menjangkakan keputusan penuh bagi negeri masing-masing mungkin akan keluar jam 2 pagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang medianya berkata pelbagai komplikasi menyebabkan kelewatan dalam mengumumkan keputusan penuh.