Majlis Perundingan Melayu (MPM) berpendapat selain mahukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berintegriti, rakyat kini mahu Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO berperanan sebagai pembangkang yang kuat dan berkredibiliti.
Menurut kenyataan MPM yang dikeluarkan di sini, pada Rabu, kejatuhan BN dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ibarat avalanche atau runtuhan salji yang dahsyat sehingga turut menghempap beberapa institusi Islam yang berperanan untuk memajukan Islam.
"BN yang kini hampir kembali mirip ke wajah Parti Perikatan, wajib pikul tanggungjawab terhadap tragedi avalanche ini. Kerananya banyak institusi Islam dirombak dan ramai peneraju pentadbiran atau korporat terpaksa melepaskan jawatan masing-masing," kata kenyataan itu.
MPM juga memahami cabaran dihadapi kepimpinan BN dan UMNO amat getir kerana pengundi Melayu dan Bumiputera menganggap parti itu mengkhianati mereka.
Justeru MPM mengingatkan kepemimpinan BN kembali kepada semangat perjuangan asal seperti semasa dalam Perikatan tetapi dalam orde baharu, dan menjenamakan semula BN agar diterima rakyat sebagai parti kemakmuran dan perpaduan.
Menjelang pemilihan pucuk kepimpinan UMNO yang bakal diadakan penghujung Jun ini, MPM berkata saki-baki pengundi yang masih menyokong mereka mahu melihat satu anjakan paradigma dan pengislahan yang benar-benar radikal dilakukan bagi meyakinkan mereka untuk kekal menyokong UMNO.
"Pengundi kini sudah tidak terikat dengan sentimen kepartian. Jika mereka berpendapat kepimpinan UMNO syok sendiri, tiada sebab untuk mereka tidak berhijrah menyokong mana-mana parti komponen dalam PH.
"Apatah lagi tarikan di pihak PH, terutamanya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM), amat kuat mengajak pengundi Melayu/Bumiputera untuk bersama mereka bagi meningkatkan peratus sokongan pengundi Melayu/Bumiputera dalam PH.
"Jika itu terjadi, sokongan Melayu kepada UMNO dan BN akan susut ke paras kurang 50 peratus dan setiap 5 peratus kemerosotan sokongan pengundi tersebut, UMNO dan BN terpaksa menagih sokongan undi bukan Melayu sebanyak 15 peratus yang mana mustahil dalam suasana semasa."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 13 2018
MPM berkata saki-baki pengundi yang masih menyokong UMNO mahu melihat satu anjakan paradigma dan pengislahan yang benar-benar radikal dilakukan bagi meyakinkan mereka untuk kekal menyokong parti itu. - Gambar hiasan
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
KPT perlu lakukan anjakan paradigma, segerakan pelaksanaan program - Zambry
Sudah tiba masanya IPT bertindak lebih pantas bagi memastikan dunia pendidikan tinggi negara tidak ketinggalan.
Damaikan tuntutan politik baharu dan keresahan politik lama
SEBAGAI kerajaan baharu, perubahan ke arah politik baru tidak hanya boleh melalui proses di peringkat wacana semata-mata.
Rakyat mahu BN jadi pembangkang kuat, berkredibiliti
Kejatuhan BN dan UMNO dalam PRU14 ibarat avalanche atau runtuhan salji yang dahsyat sehingga turut menghempap beberapa institusi Islam yang berperanan untuk memajukan Islam.