awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT perlu lakukan anjakan paradigma, segerakan pelaksanaan program - Zambry

Bernama
Bernama
06/01/2024
21:45 MYT
KPT perlu lakukan anjakan paradigma, segerakan pelaksanaan program - Zambry
Zambry akan meneruskan dasar dan perancangan KPT sebelum ini yang telah dipersetujui sama ada di peringkat universiti, politeknik dan kolej komuniti. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan anjakan paradigma dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan segera dasar, program serta langkah intervensi bagi menyahut cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk institusi pengajian tinggi (IPT) negara berubah dan mampu bersaing di peringkat dunia.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, sudah tiba masanya IPT keluar daripada persekitaran biasa dengan bertindak lebih pantas bagi memastikan dunia pendidikan tinggi negara tidak ketinggalan.
"Kita tidak ada masa untuk berada dalam lingkungan yang biasa-biasa dan mengikut sahaja sedangkan ada hal yang tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan," katanya selepas menutup Wacana Strategi KPT, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan Anwar kepada cendekiawan dan pemimpin universiti untuk melakukan anjakan paradigma dalam mendepani cabaran dalam dunia pasca normal bagi memastikan negara tidak ketinggalan.
Mengenai wacana dua hari itu, Zambry berkata, hasil perbincangan antara IPT, pemain industri dan pihak berkepentingan yang terlibat akan diguna pakai KPT dalam menetapkan sasaran kerja bagi tahun ini.
"Ia juga memberi peluang untuk kami mengukuhkan perkara yang telah dirancang dengan mendengar pandangan pihak luar tentang program serta rancangan sedia ada KPT," katanya.
Selain itu, Zambry turut menjelaskan akan meneruskan dasar dan perancangan KPT sebelum ini yang telah dipersetujui sama ada di peringkat universiti, politeknik dan kolej komuniti. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjakan paradigma
#dunia pendidikan
#peringkat dunia
#pemimpin universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan