Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sokong penuh siapa sahaja MB baharu Kedah - Pemuda UMNO

Sokong penuh siapa sahaja MB baharu Kedah - Pemuda UMNO
Syed Mohd Johan yakin perkembangan terbaharu situasi politik negeri Kedah memastikan keadaan tempang itu dimurnikan. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Hari ini dijangka berlaku perubahan dalam tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang bakal diambil alih Perikatan Nasional (PN).

Perkembangan ini dianggap sesuatu yang baik dan dialu-alukan rakyat.

Ini kerana, menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, keadaan negeri ini ketika ini, sedikit tempang.

Ia susulan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional, tetapi menganggap kerajaan negeri itu susulan daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, perkembangan terbaharu situasi politik negeri Kedah memastikan keadaan tempang itu dimurnikan, selain beliau melahirkan keyakinan kerajaan negeri itu akan menjadi kerajaan PN.

BACA: 36 ADUN Kedah menghadap Sultan Kedah esok
BACA: "Saya masih lagi Menteri Besar Kedah" - Mukhriz Mahathir

Jelasnya, siapa pun yang bakal menerajui barisan hadapan pentadbiran negeri harus bekerja keras memastikan kestabilan politik dan ekonomi negeri kembali ke landasan betul.

“Kami Pemuda UMNO negeri menzahirkan sokongan penuh kepada siapa sahaja yang mendapat perkenan Tuanku Sultan untuk menjadi Menteri Besar Kedah selepas ini.

"Perkara paling penting dan utama yang beliau perlu lihat adalah bagaimana untuk kerajaan negeri mengimbangi antara kemajuan dan keperluan serta kebajikan rakyat," jelasnya.

Seramai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadual menghadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, di sini, petang ini. 

BACA: Siapa pun jadi MB, yang penting rakyat Kedah mahu kestabilan politik

BACA: Perubahan kerajaan negeri Kedah wajar, tamatkan spekulasi - Penganalisis politik

Syed Mohd Johan berkata, cabaran yang perlu dilihat bakal Menteri Besar baharu termasuk dalam mendepani pandemik COVID-19, selain pasca pandemik, yang perlu dilaksanakan dengan teliti dan teratur, mengambil kira pelbagai faktor.

"Saya lihat kesan pasca COVID-19 ini juga amat-amat akan menjadi lebih teruk. Sekarang pun saya sudah dengar isu-isu seperti hilang pekerjaan dan sebagainya. 

"Oleh itu, isu-isu berkaitan pasca COVID-19 ini perlu diambil perhatian segera oleh kepimpinan baharu yang bakal dilantik nanti," kata Syed Mohd Johan.

BACA: Muhammad Sanusi dijangka MB Kedah baharu?

BACA: 19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Kemelut politik negeri Kedah bergolak selepas 19 daripada 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Mereka merangkumi 15 ADUN Pas, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang mengumumkan keluar parti, iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).