Tiada larangan untuk Haziq keluar negara

Tiada larangan untuk Haziq keluar negara
Menurut peguam Ramesh Sivakumar, Haziq sedia kembali bekerjasama dengan polis sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada larangan terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz, pemuda yang mengaku sebagai salah seorang pelaku dalam video intim tular, untuk meninggalkan negara selepas dibebaskan dari tahanan dengan jaminan polis.

Menurut peguamnya Ramesh Sivakumar, bagaimanapun anak guamnya sedia kembali bekerjasama dengan polis sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.

“Tiada apa lagi, itu yang diberitahu oleh pegawai penyiasat kepada saya.
“Tiada apa lagi, kecuali ada sesuatu yang baharu kemudian mereka boleh memanggilnya kembali. Tiada larangan untuknya meninggalkan negara,” katanya yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun Ramesh memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui mengapa Manila, Filipina menjadi destinasi Haziq berdasarkan tiket penerbangannya.

Haziq, 27, dibebaskan dengan jaminan polis pada 5.45 petang Sabtu selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehari sebelumnya ketika mahu berlepas ke Manila.

Penahanan itu dibuat sehari selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu membuat pengakuan sebagai salah seorang pelaku dalam video intim yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

BACA: Polis bebaskan Haziq dengan jaminan

BACA: Azmin akan dipanggil polis - KPN

BACA: 'Mereka kenal saya sangat' - Azmin



Tag: Haziq Abdullah Abdul Aziz, Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, video intim


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.