Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan beliau berada di luar negara semasa berlangsungnya Temurapat Majlis Pimpinan Pusat 2018/2021 yang berakhir pada Sabtu.

Penjelasan ringkas itu sekali gus menjawab teka-teki mengenai ketidakhadirannya yang sepatutnya memberikan ucapan pada hari kedua majlis berkenaan.

“Saya di luar negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Doa Kesyukuran untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini pada malam Ahad.

BACA: Azmin, Zuraida tidak hadir Temurapat PKR

BACA: Anwar sudah jangka Azmin tidak hadir program temurapat

Sabtu lalu, selain Azmin, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin turut tidak hadir pada Hari Kedua Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Sesi 2018/2021 tersebut.

Kedua-dua pemimpin itu sepatutnya memberikan ucapan kira-kira 15 minit seorang bersama pemimpin parti lain bermula 8.30 malam Sabtu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pada itu berkata beliau sudah menjangkakan ketidakhadiran timbalannya dan pada masa sama menerima alasan urusan kerja diberikan Zuraida.