Situasi menjadi begitu ustahil untuk PAS kembali bertaut dengan blok pembangkang dalam Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, PAS sudah terluka dengan kecurangan politik dilakukan DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan AMANAH selama berada dalam pakatan tersebut.
"Oleh sebab itu, kenyataan terbaru pemimpin tertinggi parti serpihan UMNO, PPBM yang mendakwa PAS sudah menampakkan reaksi positif untuk bersama pakatan pembangkang terutama dalam isu pembahagian kerusi pilihan raya sekadar hebahan kosong.
"Agak mustahil untuk PAS kembali rujuk, setelah sebelum ini bersengketa dengan DAP dan AMANAH pimpinan Mohamad Sabu," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Rundingan PAS-PPBM: Idris Ahmad tidak tahu dakwaan Muhyiddin
BACA: PAS jemput PPBM runding pembahagian kerusi PRU - Muhyiddin
Katanya, hebahan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi PPBM itu hanya untuk mencari populariti dan usaha terdesak parti serpihan itu menagih simpati rakyat.
"Berdasarkan kepada maklumat semasa, rakyat terutama orang Melayu masih tidak menunjukkan sikap positif untuk menyokong PPBM sebaliknya sekadar rasa ingin tahu sejauh mana relevannya parti tersebut," ujarnya.
Syed Ali yang Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan bagaimanapun menjelaskan, sama ada berlaku pakatan membabitkan PAS dan DAP serta PPBM tidak memberi tekanan kepada UMNO.
"Tidak, tidak ada apa kesannya kerana UMNO sudah masak dengan permainan politik pembangkang dan sebelum ini pun kita (UMNO) sudah mengharungi cabaran yang lebih getir," tegasnya.
Dalam masa yang sama beliau menegaskan, keyakinan bahawa PAS tidak akan mudah berpatah balik untuk bersama blok pembangkang.
"Kalau dilihat kenyataan beberapa pemimpin tertinggi PAS berhubung perkara itu, adalah agak mustahil," katanya.
Syed Ali menambah, UMNO juga sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk ancaman pembangkang pada PRU akan datang.
Menurut beliau, jentera pilihan raya UMNO dan BN berada pada tahap terbaik dan mempunyai keyakinan cukup tinggi untuk meraih kemenangan yang lebih besar.
"Kita yakin, rakyat tidak mudah untuk berpaling (menyokong pembangkang) walaupun kita nanpak ada berlaku sedikit penurunan deraf sokongan kepada BN," jelasnya.
Mengenai kemungkinan bekas Presiden UMNO paling lama, Dr Mahathir untuk kembali semula dalam politik dengan bertanding pada PRU akan datang, beliau menjelaskan tidak ada siapa boleh menghalangnya.
"Terpulang kepada Dr Mahathir, jika dia fikir tindakan itu baik dan bersedia untuk berdepan dengan UMNO, teruskan, tiada masalah.
"Bagaimanapun, pada pendapat saya, Dr Mahathir tidak akan membiarkan dirinya menjadi alat kepada segelintir pihak yang sememangnya mahukannya untuk bertanding.
"Kadangkala ada satu pihak lebih suka melihat Dr Mahathir terus bergasak dalam politik kerana pihak berkenaan boleh mengaut keuntungan peribadi," tegasnya.
Astro Awani
Thu Mar 09 2017
Situasi menjadi begitu ustahil untuk PAS kembali bertaut dengan blok pembangkang dalam Pakatan Harapan pada PRU ke-14 akan datang. - Gambar fail
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).