DALAM tempoh masa sebulan, negara menerima khabar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meninggal dunia, sama ada akibat menanggung ujian penyakit yang dialami, mahupun terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bermula dengan khabar duka melibatkan ADUN Sungai Kandis, kemudian Balakong dan terkini Seri Setia.

Dalam pada menzahirkan rasa duka cita dan menghormati detik privasi keluarga masing-masing, perkembangan tersebut secara langsung membuatkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kembali membunyikan 'semboyan' tugas.

SPR perlu menetapkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu.

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai tiga berita kematian yang secara tidak langsung mencetus tiga lagi PRK untuk diberi perhatian, terutama dalam kalangan rakyat tempatan yang layak mengundi.

N49 SUNGAI KANDIS

ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie meninggal dunia pada jam 11.10 pagi, 2 Julai, menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah dalam satu kenyataan.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat kanser limfoma, pada usia 50 tahun.

Pihak SPR telah menetapkan pada 4 Ogos sebagai Hari Pengundian bagi PRK Sungai Kandis. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 21 Julai, manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama14 hari.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Mat Shuhaimi yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang dengan majoriti 12,480 undi, mewakili PKR dalam pertandingan empat penjuru menentang calon BN, Pas dan PRM.

Berikut adalah keputusan PRU14 yang lalu:

BACA: PRK Sungai Kandis ujian pertama Pakatan Harapan pasca PRU14

BACA: Mampukah PKR kekalkan status quo di Sungai Kandis?



N27 BALAKONG

ADUN Balakong, Ng Tien Chee, 40, maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga, pada 20 Julai.

Dalam kejadian pada jam 12.40 pagi itu, mangsa dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV jenis Nissan x-Trail melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, SPR telah menetapkan pada 8 September sebagai hari pengundian bagi PRK Balakong. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos, manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 21 hari.

Berikut adalah keputusan PRU14 yang lalu:


BACA: Perjalanan terakhir mendiang Eddie Ng

BACA: Pemergian Ng kehilangan besar kepada PH



N32 SERI SETIA

ADUN Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.28 petang, 2 Ogos, di Hospital Putrajaya.

Allahyarham yang berusia 56 tahun, menghidap kanser usus tahap empat.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu, Shaharuddin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.

Buat masa ini, pihak SPR masih belum bermesyuarat untuk menetapkan sebarang tarikh berkaitan PRK.

Berikut adalah keputusan PRU14 yang lalu:


BACA: Jenazah Prof Shaharuddin selamat dikebumikan

BACA:
Dr Wan Azizah, Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga ADUN Seri Setia