awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga syarat GPS sertai Kerajaan Persekutuan

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2020
06:55 MYT
Tiga syarat GPS sertai Kerajaan Persekutuan
Abang Johari pada sesi Townhall Berambeh Ngan CM Abg Jo di Dewan Terbuka Kampung Gedong sempena Karnival Today for Tomorrow (T4T). - Astro AWANI
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meletakkan tiga syarat untuk menjadi rakan dalam penubuhan Kerajaan Persekutuan.
Tiga syarat tersebut adalah hak Sarawak mesti diakui, undang-undang Sarawak ke atas hak minyak dan gas mesti diakui dan GPS tidak termasuk dalam Perikatan Nasional (PN).
Menurut Abang Johari yang juga pengerusi GPS, syarat-syarat ini adalah sebagai 'mas kahwin' yang harus dipenuhi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas lamaran beliau kepada GPS untuk berada dalam barisan kabinet.
“Inilah kedudukan kita untuk menerima lamaran menjadi rakan dalam kerajaan pusat di bawah Muhyiddin.
“Beliau masuk dengan niat baik, jadi kita sambut dengan baik juga,” katanya pada Sesi Townhall Berambeh Ngan CM Abg Jo di Dewan Terbuka Kampung Gedong sempena Karnival Today for Tomorrow (T4T) anjuran Sarawak Volunteers pada Ahad.
BACA: GPS bakal sertai Kabinet
BACA: Sokong Muhyiddin, keluar BN dan tubuh GPS tepat - Abang Jo
Beliau berkata syarat-syarat berkenaan telah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua parti komponen GPS – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Selain itu, GPS menetapkan syarat demikian demi masa depan yang cerah buat Sarawak.
Menerusi sokongan GPS itu, Abang Jo pada Sabtu ada memberi petunjuk akan mempunyai menteri di dalam Kerajaan Persekutuan yang akan terbentuk tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Gabungan Parti Sarawak
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#Sarawak
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan