Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan menghantar terus sampel air kencing atlet yang diambil secara rawak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 ke makmal ujian di India, selang dua hari selepas pertandingan.
Pegawai Belia dan Sukan (Bahagian Pendidikan) Adamas, Norsuhaila Isnin menjelaskan mereka akan mengambil lima sampel secara rawak daripada beberapa sukan tertentu untuk dihantar ke makmal di India.
Beliau berkata kos penghantaran sampel air kencing atlet ke makmal di India lebih murah berbanding di negara jiran, Thailand yang turut mempunyai makmal doping yang mendapat tauliah daripada Agensi Anti-Doping Dunia (Wada).
"Kita juga akan memberi penekanan mengenai pendidikan tentang penggunaan bahan terlarang kepada atlet negara sebelum bermulanya kedua-dua temasya sukan itu selain program 'Outreach' kepada atlet luar negara yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat doping bersempena Himpunan Atlet Kita Juara Fasa II di Hotel Renaissance, di sini malam semalam.
Hotel berkenaan bakal menjadi penginapan rasmi kontinjen Malaysia semasa Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.
Mengenai tenaga kerja yang bakal terlibat untuk kedua-dua temasya sukan berkenaan, Norsuhaila memaklumkan jumlah akhir petugas terlibat akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Februari depan.
Beliau berkata petugas terpilih akan menjalani latihan khusus sebelum dibenarkan bertugas bagi memastikan mereka memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Adamas.
"Pegawai baharu dan lama akan menjalani latihan khusus selama enam kali termasuk tiga kali latihan pada awal tahun depan di bawah pegawai kami yang bertauliah.
"Jumlah sebenar pengawai pengiring yang terlibat untuk kedua-dua temasya sukan, bagaimanapun bergantung sepenuhnya kepada permintaan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (Masoc)," kata Norsuhaila.
Pegawai pengiring terbabit adalah petugas yang menemani atlet ketika sampel air kencing diambil daripada mereka dalam sesuatu pertandingan mahupun temasya sukan.
Sukan SEA 2017 dijadual berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos, manakala Sukan Para ASEAN 2017 dari 17 hingga 23 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2016
Lima sampel secara rawak diambil daripada beberapa atlet sukan tertentu untuk dihantar ke makmal di India. - Gambar hiasan
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
Adamas hantar terus sampel air kencing atlet ke India
Adamas akan mhantar terus sampel air kencing atlet yang diambil secara rawak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN KL 2017 ke makmal ujian di India.