SPORTS
Ahli politik dan selebriti turut ucap #TQChongWei

Kata kunci Lee Chong Wei dan hashtag #TQChongWei juga menjadi tular di beberapa platform media sosial sejak tengahari Khamis. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Berita berhubung pengumuman persaraan Datuk Lee Chong Wei turut menjadi perhatian para selebriti dan ahli politik tanah air.
Berita sedih itu dikongsi Chong Wei ketika sidang media khas yang diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya pada Khamis.
Kata kunci Lee Chong Wei dan hashtag #TQChongWei juga menjadi tular di beberapa platform media sosial sejak tengahari tadi.
Rata-rata selebriti dan ahli politik tanah air sedih dengan pengumuman beliau namun turut meluahkan rasa bangga kerana usaha yang dipamerkan jaguh badminton negara itu sehingga berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Malah, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengucapkan selamat bersara buat Chong Wei dan menzahirkan rasa bangga atas usaha pemain badminton itu di laman Instagram miliknya.
Selain itu, penyanyi nombor satu Malaysia turut berkongsikan video pengumuman persaraannya di laman Instagram beliau dengan ucapan terima kasih kepada Chong Wei.
BACA:
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami