WISEL penamat dibunyikan dan Stade de France menjadi saksi kepada kesudahan kempen Euro 2016 di mana Portugal dinobatkan sebagai juara baru Eropah selepas dipisahkan dengan satu gol sekali gus meranapkan impian tuan rumah, Perancis.
Tangisan kegembiraan kapten pasukan, Cristiano Ronaldo menambahkan lagi drama kejayaan skuad Selecao yang sebelum itu sekadar underdog untuk menjulang trofi Henri Delauney yang menjadi rebutan 24 pasukan yang bertanding.
Ronaldo kini berada di kemuncak kariernya, setelah berjaya membantu Portugal memenangi kejuaraan sulung dalam sejarah penyertaannya di kejohanan peringkat antarabangsa.
Ia sekali gus membangkitkan persoalan dan perdebatan dalam dunia bola sepak, siapakah pemain terhebat era ini – Ronaldo atau Lionel Messi?
Penyelamat kisah hodoh Portugal
Ronaldo nyata membosankan sepanjang kempen di Perancis. Beliau gagal menampilkan prestasi cemerlang dan pasukannya tidak berupaya mencatat satupun kemenangan biarpun diletakkan bersama Iceland, Austria dan Hungary yang dianggap pasukan kerdil di Eropah dalam kumpulan F.
Lantas mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak (terutamanya mereka yang anti-Ronaldo) dek kerana aksi hambar, tidak padan dengannya yang memegang gelaran pemain terbaik dunia tiga kali itu.
Bagaimanapun aksi di pentas akhir menutup setiap mulut yang mengkritiknya apabila Ronaldo melakukan perkara yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemain dalam era ini.
Ketika perlawanan di pertengahan separuh masa pertama, beliau terpaksa meninggalkan padang setelah gagal mencuba untuk terus bermain walaupun mengalami kecederaan akibat diterjah Dimitri Payet beberapa minit sebelum itu.
Bagaimanapun bagi Ronaldo, ia bukan penamat. Beliau kemudian memberikan arahan dan galakan semangat dari luar padang dengan lututnya yang berbalut di samping jurulatih, Fernando Santos.
Aksinya itu mencuri tumpuan, dan dunia ketika itu menyaksikan sisi berbeza Ronaldo yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Seorang pemimpin yang cukup bersemangat yang mahukan seluruh pasukan berjuang hingga titisan darah terakhir.
Kepimpinannya diakui Eder, penjaring gol kemenangan pada minit ke-109 yang menerima ‘hembusan’ semangat daripada kapten pasukannya itu.
Memetik laporan akhbar Portugis O Jogo, Eder berkata “Beliau (Ronaldo) memberitahu saya bahawa saya akan menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan. Beliau memberikan saya kekuatan dan tenaganya, dan ia sangat penting.”
Pemain berusia 31 tahun dari Madiera itu telah menyelamatkan skrip buruk Portugal dengan memainkan watak berbeza di pengakhiran cerita, yang pasti menjadi epik hebat untuk diingati bangsa Portugis buat selamanya.
Tangisan duka Ronaldo ketika diusung keluar pada minit ke-25 lantas bertukar kepada air mata kegembiraan dan kepuasan. Kini beliau sudah memiliki segalanya; gelaran bersama kelab, gelaran peribadi dan gelaran bersama pasukan kebangsaan.
Cerita berbeza
Ia merupakan sesuatu yang tidak dimiliki Messi, meskipun pencapaiannya bersama Barcelona dan gelaran peribadi dan senarai rekod yang dipecahkan cukup mengagumkan sehingga ada yang menganggapnya pemain terhebat sepanjang zaman.
Namun, hakikatnya gelaran itu sukar untuk diperakui semua pihak kerana pemain terbaik dunia lima kali itu masih belum merangkul sebarang kejuaraan bersama Argentina.
Sepanjang tujuh kejohanan yang disertainya, Messi berjaya membawa La Albiceleste ke pentas final tiga kali. Beliau cukup cemerlang sebagai arkitek pasukan, selain turut mencetak gol dan membantu rakan sepasukan membuat jaringan. Namun perjalanan cemerlangnya bersama Argentina tidak pernah berakhir dengan indah.
Mereka terpaksa tunduk dua kali kepada Chile menerusi penentuan penalti dalam Copa America, dan dikecewakan pada minit terakhir oleh Jerman yang menjulang Piala Dunia keempatnya di Brazil pada 2014.
Kegagalan selama tiga tahun berturut-turut itu cukup memberikan luka yang amat dalam di hati Messi untuk meneruskan perjuangan di pentas antarabangsa, lantas mengumumkan persaraan.
Bukan setakat Argentina, tetapi seluruh dunia bersedih dengan berita tersebut. Rakan sepasukan di Barcelona, Neymar menyatakan bahawa kancah bola sepak antarabangsa tidak akan sama tanpa kelibat Messi. Malah Ronaldo sendiri berharap Messi mempertimbangkan semula keputusannya untuk bersara.
Bagaimanapun, setelah turut dipujuk Presiden Argentina Mauricio Macri, pemain berusia 29 tahun kelahiran Rosario itu dilaporkan akan kembali menyertai skuad kebangsaan pada November untuk kelayakan Piala Dunia.
Dua pemain, dua kelas tersendiri
Ronaldo dan Messi sering dibandingkan dan ada kalanya hal peribadi juga diturut sertakan dalam menilai kehebatan dua pemain ini.
Pelbagai rekod kelab, liga tempatan, dan antarabangsa sudah dipecahkan Messi. Antaranya menjadi pemain pertama yang merangkul anugerah terbaik dunia sebanyak lima kali selain pelbagai gelaran bersama Barcelona di dalam Sepanyol mahupun di pentas Eropah.
Biarpun rekodnya sedikit di belakang Messi, Ronaldo memiliki kehebatan sendiri dengan merangkul kejuaraan dan gelaran peribadi bersama dua kelab berbeza, Manchester United dan Real Madrid. Ronaldo turut melakar pelbagai sejarah baru di kedua-dua kelab tersebut.
Kedua-dua pemain mampu melakukan segalanya di atas padang, namun masing-masing ada kelebihan tersendiri pada setiap kemahiran yang dimiliki.
Keupayaan mengawal dan menggelecek bola melepasi beberapa pemain serta ketepatan tendangan Messi memang tidak dapat dinafikan. Sementara Ronaldo lebih unggul di udara dan antara pemain yang memiliki larian paling kencang.
Bagi saya, Messi dilahirkan dengan bakat semula jadi yang luar biasa, sementara Ronaldo adalah ikon kerja keras untuk mencapai kesempurnaan teknikal dalam sukan bola sepak.
Siapa lebih hebat? Sukar untuk menentukannya kerana gelaran tidak semestinya menjadi ukuran sebenar kepada keunggulan seseorang pemain. Yang pasti, kedua-duanya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk kelab mahupun negara masing-masing.
Kita cukup bersyukur kerana hidup pada zaman Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Tidak akan ada lagi pemain seunggul Ronaldo dan tiada gantinya kepada pemain seindah Messi.
Jadi usahlah bergaduh.
Nikmati saja permainan mereka.
Israr Khalid
Wed Jul 13 2016
Antara Ronaldo dan Messi, siapakah pilihan anda? - Gambar fail
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.