MINGGU pertama Liga Fantasi Bual Bola menyaksikan kelab penyokong rasmi Arsenal, Arsenal Malaysia mendahului kelab-kelab penyokong yang lain.

Pada minggu pertama, Arsenal mengumpul 228 mata menerusi tiga pasukan yang mewakili kelab itu, Play For Fun (93 mata), Ah Zan FC (56) dan Arsenal Malaysia (79).

Kelab penyokong Manchester City, Manchester City Malaysia (MCM) berada di tempat kedua dengan MCM Cyberjaya (76), MCM Langkawi (79) dan MCM Tuaran (55).

Bagi Chelsea pula, Malaysian Chelsea Soljabiru menduduki tempat ketiga dengan 207 mata menerusi wakil mereka, Halifax Town (73), Blues FC (52) dan The Blues Blasters (82).

Kedudukan individu terbaik pula menyaksikan wakil Malaysia Spurs, Hamizu Hasbi yang menguruskan pasukan Hemo Hemo FC berada di kedudukan teratas dengan 93 mata.

Play For Fun oleh Klang Boy berada di tempat kedua dengan 91 mata, diikuti Blues Blasters oleh Che Shamshida Nasir di tempat ketiga dengan 82 mata.

Liga Fantasi Bual Bola AWANI merupakan liga fantasi yang disertai tiga pemain yang dipilih oleh setiap kelab penyokong bola sepak Liga Perdana Inggeris di Malaysia.

Mata ketiga-tiga wakil dikumpul untuk menyaksikan kelab penyokong mana yang mempunyai pengurus pasukan fantasi terbaik di negara ini.

Berikut kedudukan penuh minggu pertama Liga Fantasi Bual Bola AWANI.

1. Arsenal Malaysia - 228 mata
2. Manchester City Malaysia - 210 mata
3. Malaysian Chelsea-Soljabiru - 207 mata
4. Malaysia Spurs - 170 mata
5. All Reds Malaysia - 169 mata
6. Manchester United Malaysian Fans Club - 160 mata

Arsenal Malaysia

Play For Fun - 93
Ah Zan FC - 56
Arsenal Malaysia - 79
JUMLAH - 228

Manchester City Malaysia

MCM Cyberjaya - 76
MCM Langkawi - 79
MCM Tuaran - 55
JUMLAH - 210

Malaysian Chelsea Soljabiru

Halifax Town - 73
Blues FC - 52
The Blues Blasters - 82
JUMLAH - 207

Malaysia Spurs

Hemo Hemo - 99
TH Master - 32
Cap Ayam - 39
JUMLAH - 170

All Reds Malaysia

Mek Mung Mek Aku FC - 47
Kaki Langgar FC - 57
Pasemboq FC - 65
JUMLAH - 169

Manchester United Malaysian Fans Club

Return of The King - 61
Zahirah MacWilson - 37
Sidchan Power Natang - 62
JUMLAH - 160