Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan aksi cemerlang dalam usaha memburu gelaran ketujuh Kejohanan Terbuka Jepun dengan melangkah ke saingan suku akhir di Gimnasium Tokyo Metropolitan di Tokyo,hari ini.
Selaku juara bertahan dan pilihan kelima, Chong Wei, bagaimanapun, terpaksa berhempas pulas untuk menumpaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 22-20, 21-17 dalam masa 47 minit pada pusingan kedua, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfworldsuperseries.com.
Chong Wei akan berdepan dengan pemain pilihan keempat, Chow Tien Chen dari Taiwan pada perlawanan suku akhir esok.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, melakarkan kejutan apabila menundukkan beregu pilihan kelapan, Lee Jhe-Huei/Lee Yang dari Taiwan, 21-18, 21-12.
Beregu negara itu akan menentang beregu tuan rumah, Takuto Inque/Yuki Kaneko di peringkat suku akhir esok pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$325,000 (RM1.36 juta).
Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan wanita dan beregu campuran berakhir di pusingan kedua selepas kalah kepada lawan masing-masing.
Soniia Cheah mengalami kekalahan straight set 21-14, 21-14 kepada pemain pilihan kelapan, Zhang Beiwen dari Amerika Syarikat manakala gandingan Goh Soon Huat/Shevon Jemie Lai kalah mengejut di tangan wakil tuan rumah, Takuro Hoki/Sayaka Hirota 16-21, 25-23, 20-22.
Dalam pada itu, bekas pemain negara, Lim Khim Wah yang berganding dengan bekas juara Olimpik, Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan, gagal mara ke suku acara beregu lelaki selepas kalah 21-18, 21-19 kepada beregu pilihan keempat, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda dari Jepun.
Seorang lagi bekas pemain negara, Tan Boon Heong yang berganding dengan bekas juara Olimpik dari Indonesia, Hendra Setiawan turut tersingkir 21-8, 21-13 di tangan beregu pilihan kedua, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark.
Wakil beregu wanita negara, Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean turut tersingkir awal pada pusingan pertama semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2017
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan aksi cemerlang dalam usaha memburu gelaran ketujuh Kejohanan Terbuka Jepun dengan melangkah ke saingan suku akhir.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Badminton: Chong Wei mara ke suku akhir Terbuka Jepun
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan aksi cemerlang dalam usaha memburu gelaran ketujuh Kejohanan Terbuka Jepun dengan melangkah ke saingan suku akhir.