Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bercadang mewujudkan skim pendapatan yang lebih baik kepada pemainnya, termasuk kemungkinan mewujudkan dana pencen kepada mereka pada masa akan datang.
Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata skim pendapatan baharu yang diluluskan pada mesyuarat majlis itu merupakan penambahbaikan kepada sistem sebelum ini.
"Skim baharu ini melibatkan peningkatan besar dari segi elaun bulanan berdasarkan kepada ranking serta bonus kemenangan dalam kejohanan yang disertai. Ini membolehkan pemain menjalani kehidupan yang lebih baik selain berusaha lebih keras meraih kedudukan lebih baik.
"Skim ini dibuat kerana sebelum ini pemain sukar mendapatkan pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya. Ia juga berkemungkinan menyaksikan akan wujud skim pencen kerana Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor juga mahukan kebajikan pemain lebih terjamin," katanya kepada pemberita, Sabtu.
Tengku Mahaleel, yang mempengerusikan mesyuarat majlis itu serta Mesyuarat Agung Tahunan itu, berkata butiran terperinci mengenai skim itu masih lagi tidak boleh didedahkan.
Dalam perkembangan lain, BAM juga membuat keputusan untuk menghidupkan semula dua kejohanan peringkat negeri dan sekolah dalam usaha mencari lebih banyak bakat baharu dan pengganti bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
"Kejohanan di peringkat negeri sama seperti bola sepak, kami mahu mewujudkan persaingan setiap negeri selain mencari lebih banyak penyokong.
"Bagi kejohanan di peringkat sekolah pula, mereka akan bersaing di setiap negeri dan juara akan mewakili negeri mereka selain sekolah sukan tidak akan dibenarkan bersaing kerana ini merupakan sebahagian daripada usaha pembangunan di peringkat akar umbi," katanya.
Tengku Mahaleel berkata pihaknya menyasarkan lebih 200,000 pemain pelapis melalui kejohanan peringkat negeri yang dijadualkan pada akhir tahun ini manakala bagi kejohanan antara sekolah pula pada tahun hadapan.
Beliau berkata Malaysia kini mempunyai lebih kurang 4,800 pemain elit dan bakat baharu.
Astro Arena
Sat Jul 04 2015
BAM bercadang mewujudkan skim pendapatan yang lebih baik kepada pemainnya, termasuk kemungkinan mewujudkan dana pencen kepada mereka pada masa akan datang.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.