Para atlet sukan elektronik (e-sukan) negara ke temasya Sukan SEA Filipina 2019 berhadapan tugas berat untuk bukan sahaja berjuang bagi meraih pingat, tapi juga untuk mengubah persepsi buruk sesetengah pihak terhadap sukan itu.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau mahukan supaya atlet e-sukan menangkis persepsi sesetengah pihak yang menganggap permainan elektronik tidak berfaedah dan membuang masa, dengan pulang membawa kejayaan dari Filipina.
"Kalau kita lihat, prestasi mereka sangat baik dan saya yakin mereka akan bawa pulang banyak pingat untuk Malaysia," katanya selepas menyaksikan flag off atlet e-sukan ke Sukan SEA sempena festival permainan digital, Level Up KL anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.
Beliau turut menegaskan bahawa setiap atlet e-sukan negara yang membawa bendera Malaysia, perlu dihormati sebagai wira dan wirawati negara, serta dibantu dengan sebaik mungkin.
Sebanyak enam pingat emas ditawarkan apabila e-sukan buat kali pertama dianjurkan sebagai sukan kompetitif di Sukan SEA bermula 5-10 Dis ini di Filoil Flying V Centre, Manila, dan ini juga kali pertama e-sukan dianjurkan sebagai acara berpingat dalam temasya utama selepas dianjurkan sebagai sukan pertunjukan pada Sukan Asia 2018.
Enam permainan itu ialah Dota 2, Starcraft II, Tekken 7, Hearthstone, Mobile Legends: Bang Bang dan Arena of Valor.
Sementara itu, Syed Saddiq turut berharap untuk menjadikan Malaysia sebagai hab industri e-sukan di Asia, dengan menarik lebih banyak pelaburan dalam industri yang sedang berkembang pesat itu.
"Saya rasa di Asia Tenggara kita dah agak bagus, tetapi kita harus bekerja lebih keras untuk menjadi 'superpower' di Asia. Jika kita lihat di China, mereka ada Tencent, Alibaba dan banyak lagi, di Malaysia kita perlu mula menyemai perkembangan industri esport ini, berikan sokongan penuh kepada mereka dan pada masa yang sama dari sudut sukan, esport perlu bekerjasama secara kolektif dengan industri.
"Pada hari ini sahaja ada empat gaming studio tempatan bersama kita, mereka berjaya melakukannya dengan baik, dan ini disebabkan wujudnya MDEC," katanya.
Selain Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) yang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk studio pertamanya di Asia Tenggara, Razer yang membuka ibu pejabatnya di Bangsar awal tahun ini, turut bercadang untuk mewujudkan Pusat E-sukan, yang antara terbesar di Asia Tenggara, di Jalan Ipoh, tambahnya.
Syed Saddiq berkata apabila industri e-sukan negara berkembang, ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, sekali gus melahirkan lebih banyak pakar dalam industri itu.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Esukan Malaysia (ESM), Afiq Fadhli Narawi berkata sasaran terbaharu skuad negara ke Sukan SEA ialah satu pingat emas menerusi permainan Hearthstone dan lima gangsa menerusi permainan lain.
Senarai nama atlet ke Sukan SEA:
Dota 2: Khoo Chong Xin, Denise Danial Abdullah, Bakri Anwar, Ahmad Rizqan Muzakkir Ahmad Nizam Mohd Helmy Ibrahim dan Muhammad Naufal Osman.
Starcraft II: Yap Kien Khun dan Jonathan Wong Choon Hoong
Mobile Legends: Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Izme Haqeem Hamsjid, Muhammad Hazeem Onn, Jamil Nurolla dan Mohd Faris Zakaria.
Arena of Valor: Cham Hong Xin, Poh Jing Sheng, Kok Kar Seng, Loo Yong Leong, Tai Tong dan Chan Choung Guan.
Tekken 7: Muhammad Zarif Aiman dan Abdul Rahim Abdul Shukor
Hearthstone: Hee Zi Song dan Yew Weng Kean.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019
Syed Saddiq (tengah) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengurus Pasukan E-Sukan Malaysia ke Sukan SEA 2019 Firdaus Hashim (tujuh, kanan) pada Pameran Level Up KL di Kuala Lumpur, 9 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
Bawa pulang pingat, ubah persepsi buruk terhadap e-sukan - Syed Saddiq
Beliau mahu atlet e-sukan menangkis persepsi sesetengah pihak yang menganggap permainan elektronik tidak berfaedah dan membuang masa, dengan pulang membawa kejayaan dari Filipina.