Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidak lagi mempedulikan siapa juga lawan yang akan ditentangnya dalam misi utama mencari pingat emas Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil bulan depan.
Biarpun juara Olimpik dua kali, Lin Dan dari China bakal menjadi halangan di separuh akhir, bagi Chong Wei siapa pun yang bakal ditentangnya di Rio de Janiero nanti perlu diketepikan jika mahu meraih pingat yang dua kali terlepas di tangannya.
"Saya tidak mahu fikir sejauh itu kerana biarlah saya fokus kepada lawan di setiap pusingan.
"Jika saya terpaksa bertemu Lin Dan (di separuh), saya kena hadapi dan bersaing dengannya.
"Ini Olimpik terakhir bagi saya, jadi saya akan pastikan untuk pamer corak permainan terbaik.
"Saya harap rakyat Malaysia terus menyokong usaha skuad badminton negara," katanya kepada pemberita selepas kontinjen Olimpik negara bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya, di sini hari ini.
Undian acara badminton Sukan Olimpik menyaksikan Chong Wei berkemungkinan menentang Lin Dan yang juga juara dunia lima kali, di separuh akhir.
Walaupun Lin Dan tidak menunjukkan prestasi yang konsisten sepanjang tahun ini, Chong Wei tetap tidak mahu mengambil mudah cabaran pemain China itu.
Malah baginya semua pemain yang layak ke Sukan Olimpik wajar diberi perhatian kerana pastinya masing-masing sudah membuat persiapan rapi untuk beraksi di temasya sukan terbesar itu.
"Undian untuk saya semua okay, jadi saya kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Apa yang paling penting, saya tidak patut merasakan pihak lawan tidak bagus dan tidak kuat untuk saya," katanya.
Sebagai rekod, Chong Wei berjaya mengalahkan musuh tradisinya itu di Terbuka China dan Kejohanan Badminton Asia, masing-masing di China, tahun ini.
Chong Wei, naib juara dalam dua temasya Olimpik yang lalu diletakkan sebagai pilihan utama kali ini, manakala juara dunia dua kali, Chen Long menjadi pilihan kedua diikuti juara Olimpik 2008 dan 2012, Lin Dan sebagai pilihan ketiga.
Mengulas perjumpaan dengan Najib, Chong Wei berkata amanat yang disampaikan pemimpin tertinggi negara itu banyak memberi suntikan semangat kepada kontinjen Malaysia.
Sementara itu, pemain beregu wanita negara Vivian Hoo berkata undiannya bersama Woon Khe Wei lebih baik apabila diundi bersama pasangan bukan pilihan dalam Kumpulan C.
Mereka diundi bersama pasangan Indonesia Greysia Polii-Nitya Krishninda Maheswari, Heather Olver-Aluren Smith dari England dan Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dari Hong Kong.
"Bagi saya undian agak bagus juga kerana dapat elak pasangan yang lebih kuat seperti Denmark dan China. Kami patut ambil peluang ini dan berharap dapat masuk ke suku akhir," katanya.
Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula diundi dalam Kumpulan C bersama bekas juara dunia, Tontowi Ahmad-Liliana Natsir dari Indonesia, Bodin Issara-Pakkawatvilailak dari Thailand dan pasangan Australia, Robin Middleton-Leanne Choo.
Gandingan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong pula diundi dalam Kumpulan B, yang dilihat agak sukar bersama gandingan pilihan Fu Haifeng-Zhang Nan (China), Philip Chew-Jamie Subandhi dari Amerika Syarikat, Manu Attri-Sumeeth Reddi (India) dan Michael Fuchs-Johannes Schoettler (Jerman).
Bernama
Wed Jul 27 2016
Datuk Lee Chong Wei diberi penghormatan menyarungkan jaket rasmi kontinjen Malaysia ke badan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin di Bangunan Perdana Putra hari ini. - fotoBERNAMA
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Chong Wei tidak peduli siapa lawannya di Rio
Bagi Chong Wei siapa pun yang bakal ditentangnya di Rio de Janiero nanti perlu diketepikan jika mahu meraih pingat yang dua kali terlepas di tangannya.