APAKAH respon yang mampu diberikan skuad bimbingan Jurgen Klopp menentang Manchester City di Stadium Etihad awal pagi esok?
Itu yang menjadikan perlawanan suku akhir antara Liverpool dan City menarik untuk ditonton.
City yang ketinggalan 0-3 sudah pasti perlu mendapat gol awal dalam pertembungan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu, bagi menyemarakkan semangat dan keyakinan pemain yang sedikit luntur, apabila tumpas dua kali berturut-turut minggu lepas.
Bagi yang mengikuti rapat perkembangan bola sepak England, mereka sudah pasti tahu Liverpool mempunyai masalah untuk bertahan dengan baik dan City mempunyai skuad yang cukup ampuh untuk merobek gawang the Reds.
Penyokong City tetap yakin skuad bimbingan Pep Guardiola mampu bangkit semula dan memenangi perlawanan itu, memandangkan rekod pertemuan di Stadium Etihad musim ini memihak kepada the Citizens.
Dalam pertembungan September tahun lepas, City membelasah Liverpool 5-0, namun ia dilakukan dengan the Reds beraksi dengan 10 pemain selepas Sadio Mane dibuang padang.
Presiden kelab rasmi penyokong City, Manchester City Malaysia (MCM), Zulkifli Samsudin, berpendapat keadaan kali ini berbeza.
“Kita ada rekod menewaskan Liverpool dengan jaringan 5-0. Ia tidak mustahil untuk mendapat melebihi tiga gol tetapi agak sukar dalam keadaan dimana rekod kemenangan di Etihad tercalar dengan kekalahan kepada Manchester United pada Sabtu,” jelas Zulkifli.
Zulkifli juga berasa semangat pemain sedikit terjejas akibat kekalahan itu yang menyebabkan sambutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (PL) terpaksa ditangguhkan.
“Semangat pemain sedikit terjejas ekoran dua kekalaan dengan tiga gol yang agak membimbangkan, namun Pep sentiasa mempunyai ramuannya tersendiri untuk mengatasi masalah ini.”
City sepatutnya ditabal sebagai juara PL pada Sabtu dengan menewaskan musuh setempat, United di Stadium Etihad minggu lepas namun tumpas 2-3, walaupun sudah mendahului 2-0 pada babak pertama.
Bagi Liverpool pula, keputusan seri tanpa jaringan dalam pertembungan ‘Merseyside Derby’ menentang Everton pada Sabtu dilihat tidak menjejaskan semangat skuad itu.
Ketumpulan jentera serangan akibat ketiadaan Mohamed Salah, dilihat antara punca the Reds gagal menjaringkan sebarang gol di Goodison Park, walaupun mempunyai beberapa peluang terhidang di depan gol.
Salah direhatkan pada perlawanan itu akibat kecederaan yang dialami pada suku akhir pertama menentang City.
Penyerang Mesir itu membuka tirai jaringan dalam perlawanan menentang City, sebelum Alex Oxlade-Chamberlain dan Mane menjaringkan dua lagi gol.
Salah juga dilihat menjalani latihan semula bersama skuad utama the Reds semalam, namun keputusan untuk Salah diturunkan menentang City awal pagi esok bergantung kepada jurulatih kecergasan dan pakar fisio pasukan itu.
Perlawanan antara City dan Liverpool ini boleh ditonton di Astro Supersport saluran 816/834 HD esok, bermula 2:35 pagi.
Ian Johan Ariff
Tue Apr 10 2018
Penyokong Manchester City yakin Pep Guardiola mempunyai ramuan terbaik untuk skuadnya bangkit semula awal pagi esok. - Foto Reuters / Lee Smith
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
City perlu gol awal untuk kalahkan Liverpool
Mampukah Liverpool memberi respon yang positif menghadapi serangan bertali arus Manchester City?
Piala Dunia Interaktif FIFA 2016 di Astro
Kejohanan Piala Dunia Interaktif FIFA (FIWC) 2016 bakal disiarkan secara langsung buat kali pertama dalam sejarah Asia Tenggara di Astro Supersport dan Astro on the Go minggu depan.
Astro SuperSport main peranan dalam sukan negara
Astro SuperSport mampu membangkitkan semangat serta memupuk budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia.