MENGIKUT standard Firmino, ia bukanlah satu gol yang menakjubkan - sekurang-kurangnya tidak kerana dia memandang bola sebelum menyepaknya masuk ke dalam gawang Mexico.

Penyerang Liverpool itu dikenali kerana ’no-look goal’nya, tetapi jaringan yang mengesahkan kemaraan Brazil ke suku akhir Piala Dunia pada Isnin adalah berbeza. Ia bermaksud lebih daripada itu.

Mungkin ini masanya Bobby meninggalkan bangku simpanan dan menguasai pentas utama di Rusia.

Brazil sebagai pasukan pilihan pra-kejohanan telah mengorak langkah memberangsangkan untuk tergolong dalam lapan pasukan terakhir. Sebenarnya, cabaran sebenar mereka baru sahaja bermula.

Belgium akan menurunkan barisan yang bakal memberi ujian kental buat anak buah Tite. Pertembungan di Kazan pada Jumaat adalah tumpuan saingan suku akhir, pertembungan dua pasukan yang cukup menakjubkan dan sempurna. Pemenang pertembungan ini dilihat besar kemungkinan berpeluang besar menjulang gelaran kali ini.

Pengendali Brazil harus membuat keputusan yang cukup besar. Casemiro digantung dan mungkin diganti dengan Fernandinho di bahagian tengah, sementara Marcelo akan cuba kembali mengambil alih posisi bek kiri dari Filipe Luis. Fagner yang diberi peluang beraksi menentang Mexico, akan berdepan tekanan daripada Danilo di posisi sebelah kanan.

Namun persoalan terbesar adalah siapakan yang akan mengisi posisi no.9. Mungkinkah Firmino diberi mandat, atau Gabriel Jesus kekal di situ?

Semua perlawanan Brazil setakat ini diturunkan selaku kesebelasan utama, tetapi kehadirannya tidak begitu dirasai

Jesus diturunkan sebagai skuad utama dalam kesemua empat perlawanan Brazil setakat ini, sementara Firmino bangkit dari bangku simpanan dalam tiga daripadanya. Pemain Liverpool itu hanya beraksi selama 38 minit secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, kehadiran sejenaknya itu telah membawa impak. Dengan mudah sepatutnya dia menyempurnakan dua peluang untuk kemenangan ke atas Switzerland dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E, dan lompatannya jugalah (dan sentuhan Jesus) membawa kepada gol Philippe Coutinho yang memecah kebuntuan ketika menentang Costa Rica. Dan golnya mengesahkan kemenangan pasukan Mexico yang memberi saingan kuat pada Isnin di Samara.

Ketika Jesus masih sedang mencari sentuhannya, bermacam-macam sudah dilakukan Firmino.

Dia turun ke kejohanan membawa moral daripada persembahan terbaik dalam karier kelabnya. Dengan 27 gol dalam semua kejohanan, Bobby menjadi tunjang pasukan Liverpool kendalian Jurgen Klopp. Pergerakan dan visinya membolehkan pemain seperti Mo Salah dan Sadio Mane ‘mengganas’.

Klopp pula secara peribadi terkejut Brazil tidak membina pasukan bertunjangkan Firmino sepertima dilakukannya.

Ini bukan untuk merendah-rendahkan Jesus, yang pada usia 21 tahun sudah membina reputasi sebagai antara bakat muda terbaik dunia. Dengan tujuh gol dalam 10 penampilan perlawanan pusingan kelayakan, dia memainkan pereanan besar untuk membawa A Selecao ke Rusia. Dia merupakan penyerang tengah yang amat baik.

Tite sudah pasti adalah peminatnya. Malah dia memberikan lilitan lengan kepada Jesus untuk mengemudi pasukan menentang Croatia dalam perlawanan persahabatan pra-kejohanan di Anfield - walaupun kehadiran penyerang Manchester City itu tidak begitu dirasakan, dan kemudian Firmino masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol sungkit di hadapan the Kop.

Kecenderungan Firmino untuk berlegar di sekitar padang dan memberat ke lapangan kiri, mungkin menjelaskan mengapa kehadirannya cukup penting. Kawasan kiri padang, sudah semestinya dihuni bintang paling utama A Selecao. Dan sekiranya Tite akan mengemudi mereka menjulang gelaran keenam, maka menyerlahkan yang terbaik daripada Neymar adalah kuncinya.

Peranan dimainkan Firmino di Liverpool membantu rakan sepasukan lain menyerlah, terutama di bahagian serangan

Namun adakah mampu membantu? Tidak banyak alasan untuk berkata tidak. Bersama Liverpool dia memainkan peranan sebagai pemudah cara, sikap tidak penting dirinya membolehkan pemain sekelilingnya menyinar bersama. Salah menjaringkan 44 gol, Mane 20. Coutinho, pemain terbaik Brazil dalam kempen kali ini, sempat meledak 12 gol sebelum berhijrah ke Barcelona pada Januari.

Tanyalah kepada tiga pemain ini, atau Jordan Henderson atau James Milner, Virgil van Dijk atau Dejan Lovren, siapa yang terbaik ketika latihan lantas mereka akan menjawab Firmino. Sepertimana dikatakan Klopp; jika dia memberi kebebasan kepada pemainnya untuk memilih pasukan mereka sendiri ketika latihan, bekas pemain Hoffenheim itu akan menjadi pilihan utama. “Dia tidak pernah rehat, etika kerjanya hebat,” kata bos Liverpool itu.

Tidak banyak ‘centre-forward’ yang sepertinya ketika ini; sukar dibaca, pandai memberi tekanan dari hadapan, bijak dengan permainan posisinya dan sangat seiring dengan kemahuan pengurus, jika bercakap soal taktikal. Produktivitinya yang dipersoal selama dua musim di Merseyside, mencanak naik dalam 12 bulan yang lepas. Dia mencipta dan dia meledak.

Sudah pasti, pergerakannya dapat memberi ruang kepada Neymar dan rakan lain untuk dieksploit - walaupun tidak menafikan kebolehan Jesus - memandangkan persefahamannya dengan Coutinho amat erat, dalam mahupun luar padang.

Walaupun tidak selalunya sempurna, permainan Firmino lebih meyakinkan berbanding Jesus yang masih punyai masa untuk diasah. Penyerang City itu lebih suka berada dalam kawasan penalti, walaupun bekerja di bawah Pep Guardiola tidak disangkal akan membantunya menjadi pemain yang lebih sempurna - boleh kita kata seperti Firmino?