AFC BOURNEMOUTH 0 LIVERPOOL 4
Mohamed Salah memaparkan pesona bintang selepas menjaringkan hatrik ketika Liverpool menewaskan AFC Bournemouth 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, berkata sebelum perlawanan, Manchester City tidak perlu berasakan tekanan menjelang kunjungan mereka ke Chelsea jika The Reds berada di atas mereka.
Namun, juara bertahan itu perlu membuktikan kata-kata Klopp itu selepas Liverpool melonjak ke kedudukan teratas Liga Perdana menerusi satu lagi aksi menakjubkan di Stadium Vitality.
Liverpool memperoleh deretan peluang dalam babak pertama sebelum Salah menghasilkan jaringan dari jarak dekat walaupun kelihatan berada dalam kedudukan ofsaid.
Bintang Mesir itu tidak menunggu lama untuk menambah jaringan sebaik perlawanan bersambung selepas bijak memperdaya barisan pertahanan lawan sebelum Steve Cook terjaring bola ke gawang sendiri dan Salah melengkapkan hatrik tidak lama selepas itu.
Kemenangan itu turut memberikan memori indah buat James Milner yang melewati penampilannya yang ke-500 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Liverpool hanya memerlukan 25 minit untuk membuka akaun jaringan sebaik rembatan Roberto Firminho gagal ditampan kemas Asmir Begovic.
Salah -- yang kelihatan berada dalam kedudukan ofsaid -- mudah menolak masuk jaringan tersebut.
Tiada sebarang kontroversi mengenai jaringan kedua Salah dalam babak kedua.
Dia meloloskan diri melepasi kawalan Cook dan Nathan Ake sebelum merembat masuk bola ke penjuru kanan gawang Begovic.
Peluang Bournemouth untuk melakukan kebangkitan seakan-akan musnah sebaik Cook tersungkit bola ke gawang sendiri.
Salah melengkapkan keputusan perlawanan dengan gerakan solo menarik menewaskan Cook dan Begovic menerusi penyudah tenang.
Astro Arena
Sun Dec 09 2018
Salah satu jaringan Salah dipalit kontroversi ofsaid. - Astro Arena
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
EPL: Emery bangga Villa ukir kebangkitan menakjubkan
Setelah ketinggalan satu gol pada minit ke-31, tuan rumah mengubah kedudukan dengan Morgan Rogers menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Hatrik Salah lonjak Liverpool ke puncak liga
Jurgen Klopp, berkata sebelum perlawanan, Manchester City tidak perlu berasakan tekanan menjelang kunjungan mereka ke Chelsea jika The Reds berada di atas mereka.
Arsenal rampas kedudukan Liga Perdana Inggeris
Manchester United menamatkan episod empat kekalahan berturut-turut apabila diikat 0-0 pasukan yang turut bermasalah Chelsea.