MANCHESTER UNITED menamatkan episod empat kekalahan berturut-turut apabila diikat 0-0 pasukan yang turut bermasalah Chelsea.
Baik penjaga gol Manchester United David de Gea mahupun Chelsea Thibaut Courtois, kedua-duanya layak diberi pujian kerana menafikan deretan peluang menarik sepanjang perlawanan.
Red Devils melontarkan amaran seawal minit kedua apabila cubaan Juan Mata singgah di palang gol diikuti percubaan rendah Anthony Martial yang terkena tiang kiri pintu gol The Blues pada lewat babak pertama. Kapten Chelsea John Terry turut berpeluang menguji De Gea dari jarak dekat namun tandukannya berjaya ditepis keluar.
Kerancakan permainan berterusan pada separuh masa kedua dengan peluang seimbang berjaya dicipta kedua-dua pasukan. Namun Chelsea terlebih dahulu mengancam De Gea dengan rembatan kencang Pedro disusuli percubaan Cesar Azpilicueta.
Percubaan terbaik Manchester hadir menerusi Ander Herrera yang berdepan peluang terbuka tetapi Courtois berjaya membuat halangan terakhir dan Chelsea juga begitu hampir untuk memecah kebuntuan pada minit ke-62, namun Nemanja Matic yang hanya berdepan De Gea sekadar merembat tinggi.
"Saya rasa saya sudah merembat dengan baik.
"Saya berada di kedudukan yang baik. Hantaran lintang daripada Anthony begitu baik dan saya tidak pasti Azpilicueta menyentuh bola itu.
"Secara jujurnya saua tidak tahu apa yang berlaku. Saya sudah mahu meraikannya tapi bola tidak masuk," kata pemain tengah, Ander Herrera.
Arsenal pula mengambil kesempatan untuk melonjak ke tangga teratas selepas Leicester City hanya akan turun beraksi awal pagi esok berdepan Manchester City.
Mesut Ozil sekali lagi memainkan peranan besar dalam kemenangan 2-0 Arsenal ke atas AFC Bournemouth.
Pemain antarabangsa Jerman itu membuat umpanan untuk gol sulung Gabriel di BPL sebelum meletakkan namanya sebagai penjaring pada minit ke-63.
Lain-lain keputusan menyaksikan West Ham membenam Southampton 2-1, West Brom menang 1-0 ke atas Newcastle United, Watford tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur.
Di Goodison Park tujuh gol terhasil apabila Stoke City menafikan tiga kali kebangkitan Everton untuk menang 4-3.
Xherdan Shaqiri dan Romelu Lukaku menyumbat dua gol, masing-masing satu gol daripada Gerard Deulofeu dan Joselu sebelum Marko Arnautovic menjadi wira The Potters dengan menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan.
Astro Arena
Tue Dec 29 2015
Mesut Ozil sekali lagi memainkan peranan besar dalam kemenangan 2-0 Arsenal ke atas AFC Bournemouth. - Foto AFP
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
EPL: Emery bangga Villa ukir kebangkitan menakjubkan
Setelah ketinggalan satu gol pada minit ke-31, tuan rumah mengubah kedudukan dengan Morgan Rogers menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Hatrik Salah lonjak Liverpool ke puncak liga
Jurgen Klopp, berkata sebelum perlawanan, Manchester City tidak perlu berasakan tekanan menjelang kunjungan mereka ke Chelsea jika The Reds berada di atas mereka.
Arsenal rampas kedudukan Liga Perdana Inggeris
Manchester United menamatkan episod empat kekalahan berturut-turut apabila diikat 0-0 pasukan yang turut bermasalah Chelsea.