JAGUH badminton China, Lin Dan kini bergelar bapa selepas isterinya Xie Xingfang selamat melahirkan cahaya mata sulung di Pusat Perubatan United Family Healthcare di Beijing.

Menurut media tempatan, Lin Dan berkongsi berita baik ini menerusi akaun sosial Weibo dengan memuat naik gambar beliau bersama isteri dan juga bayi mereka.



“Selamat datang! Fan Fang, anda telah melalui hari yang panjang,” tulis superstar badminton itu.

Keluarga Lin Dan dilapor menimang anak lelaki pada malam 4 November dan kedua-dua ibu dan anak dilaporkan sihat.