SELEPAS pelakon Elfira Loy selamat menyambut kelahiran putera pertamanya beberapa minggu lalu.

Kini giliran buat penyanyi, Kaka Azraff berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulungnya bersama suami, Adam Azriff.

Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, telah selamat melahirkan anak lelaki pertama pada jam 2.14 petang, pada Jumaat.

Melalui postingnya di Instagram, dia menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau dan bayinya sepanjang kehamilan anak pertama ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Hal Aku, telah berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya.

Sudah tentu, ruangan komennya dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember selepas majlis merisik yang diadakan pada 27 November lalu.

Tahniah daripada Astro AWANI.