Semua pihak perlu menghormati keputusan dua jaguh sukan negara - Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David sekiranya mereka memutuskan untuk bersara dalam tempoh terdekat.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata apa yang penting, dua sukan berkenaan iaitu badminton dan skuasy perlu mempunyai pengganti mereka untuk terus mengharumkan nama negara.
"Saya sendiri berbincang dengan mereka berkenaan masa depan mereka, dan saya sendiri memaklumkan bahawa segala institusi sukan yang ada di negara ini akan menyokong sehingga mereka rasa mereka hendak bersara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Anti-Doping anjuran Majlis Olimpik Malaysia yang dihadiri lebih 200 atlet, jurulatih dan pegawai sukan di Wisma OCM, di sini hari ini.
Khairy berkata Nicol, 33, telah menyatakan kepadanya masih mahu beraksi sekurang-kurangnya lima tahun akan datang dan Chong Wei, 34, turut menyatakan hasrat untuk beraksi sekurang-kurangnya satu tahun lagi.
"Keputusan (bersara) itu hak mereka, jadi kalau Chong Wei rasa Kejohanan Dunia di Glasgow pada (Ogos) tahun ini adalah kejohanan terakhir, kita harus menghormati keputusan beliau," jelasnya.
Dalam isu lain, Khairy meminta tiga pemain sepak takraw negara yang terlepas hukuman Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) untuk memberi fokus membantu skuad negara menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos.
"Saya harap untuk akan datang, tidak ada kes yang berulang kerana ia menimbulkan masalah dan persepsi yang negatif terhadap sepak takraw," katanya.
Istaf yang mengadakan mesyuarat di Bangkok pada Rabu lepas, memutuskan untuk menarik balik dakwaan pelanggaran disiplin terhadap tiga pemain negara ketika Kejohanan Piala Raja Thai di Thailand, Oktober tahun lepas.
Tiga pemain berkenaan - Ahmad Ai1zat Mohd Nor Azmi, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Aidil Aiman Azwawi, sebelum ini berdepan tindakan disiplin kerana tidak tampil pada perlawanan regu kedua dalam perlawanan akhir menentang Thailand serta meninggalkan kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2017
Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata apa yang penting, dua sukan berkenaan iaitu badminton dan skuasy perlu mempunyai pengganti mereka untuk terus mengharumkan nama negara. -Gambar fail
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini