awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi

Astro Arena
Astro Arena
04/05/2024
10:04 MYT
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Zii Jia mempamerkan aksi menarik dalam set pertama dengan saling berkejaran mata dengan Yuqi, bahkan pernah mendahului 13-11.- Foto BAM
PERSEORANGAN lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi, dalam perlawanan separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Zii Jia mempamerkan aksi menarik dalam set pertama dengan saling berkejaran mata dengan Yuqi, bahkan pernah mendahului 13-11.
Bagaimanapun, menuju ke penghujung aksi, dia seakan-akan kehilangan rentak sebelum akur tewas 19-21.
Aksi dalam set kedua jelas menjadi milik Yuqi, di mana jaguh tuan rumah itu jauh mendahului 11-1 dan selepas itu, dia menamatkan pertarungan selama 38 minit itu dengan kemenangan 21-5 untuk memberikan China mata pertama.
Malaysia seterusnya perlu bergantung harap kepada beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang berdepan beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Piala Thomas
#Separuh Akhir
#Shi Yuqi
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan