PERTAHANAN Jerman, Joshua Kimmich, yakin rakan sepasukannya, Timo Werner, akan memberikan sumbangan besar buat juara bertahan Piala Dunia itu menjelang aksi berdepan Mexico, malam esok.
Werner telah menggantikan tempat Mario Gomez selaku penggempur utama Jerman dan Kimmich yang mengenali penyerang itu sejak berusia 13 tahun percaya bahawa dia memiliki kemampuan untuk membalas kepercayaan yang diberikan pengendali, Joachim Low.
"Saya rasa persembahan yang dipamerkan ketika Piala Konfederasi pada tahun lalu dan aksi seterusnya telah membuktikan kemampuan Werner," kata Kimmich.
"Berbekalkan kepantasan yang dimiliki, dia menjadi senjata kami. Saya mengenalinya sejak berumur 13 tahun sewaktu kami sama-sama berada dalam skuad belia Stuttgart.
"Bagi saya, dia adalah pemain yang penting buat Jerman dan telah memberitahunya bahawa dia mampu bergelar penjaring terbanyak kejohanan.
"Ketika ini, dia sangat tenang dan kita akan tahu apa yang mampu dilakukan dalam perlawanan pertama nanti."
Dalam pertemuan terakhir Jerman dengan Mexico ketika saingan separuh akhir Piala Konfederasi 2017, Werner menjadi salah satu penjaring gol sehingga membolehkan pasukannya menang 4-1.
Bagaimanapun, Kimmich mengakui Mexico kini telah banyak berkembang sejak perlawanan tersebut.
"Pasukan kami telah berubah berbanding tahun lalu. Mexico masih memiliki pemain sama tetapi dalam aksi sebelum ini, mereka tampak lebih bagus walaupun kami menang dengan jaringan besar.
"Kami bernasib baik diatas kesilapan yang mereka lakukan," tambahnya.
Astro Arena
Fri Jun 15 2018
Dalam pertemuan terakhir Jerman dengan Mexico ketika saingan separuh akhir Piala Konfederasi 2017, Werner (gambar) menjadi salah satu penjaring gol sehingga membolehkan pasukannya menang 4-1. - Foto Astro ARENA
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
England pulang dengan tangan kosong
Jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard memastikan Belgium menang 2-0 ke atas England untuk mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA
Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.
Perancis ke final Piala Dunia Rusia 2018
Perlawanan di Saint Petersburg itu menyaksikan Belgium menguasai 30 minit pertama permainan dengan Perancis mempunyai hanya satu cubaan ke arah gol lawan.
Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia
Peluang terbaik skuad generasi emas untuk memenangi Piala Dunia tahun ini namun skuad bintang Perancis menjadi penghalang utama.
Rusia tersingkir dari Piala Dunia, tewas sepakan penalti
Tuan rumah Piala Dunia, Rusia tersingkir dari kejohanan selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti disebalik semangat juang yang tinggi.
Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir
Belgium mempamerkan persembahan yang meyakinkan untuk menewaskan juara lima kali, Brazil 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir.
Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir
Kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera memberi kelebihan kepada Perancis untuk menang 2-0 untuk mara ke separuh akhir.
Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir
England menamatkan badi kalah dalam penentuan penalti selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi tendangan penalti.
Cavani mungkin diturunkan menentang Perancis
Kecederaan yang dialami Cavani tidak serius dan kemungkinan besar diturunkan menentang Perancis Jumaat ini.
Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu
Belgium belum pernah menewaskan Brazil, namun itu cerita lama kerana the Red Devils lebih berbahaya dalam serangan kali ini berbanding dahulu.