MY MAN UTD mempamerkan kebangkitan selepas tamat minggu kesepuluh Liga Perdana Inggeris (PL) selepas mengumpul 239 mata untuk naik dua anak tangga, mengatasi Malaysia Spurs dan All Reds Malaysia.

Kelab penyokong Manchester United itu kini mengumpul 1,591 mata untuk menduduki tangga keempat, sementara Malaysia Spurs, 1,504 mata di kedudukan tercorot liga.

Malaysian Chelsea Soljabiru terus mendahului liga dengan 1,805 mata selepas mendapat 195 mata untuk minggu kesepuluh, mengatasi Manchester City Malaysia (MCM) yang menduduki tempat kedua dengan 1,793 mata.

Arsenal Malaysia kekal di tangga ketiga liga dengan 1,685 mata diikuti dengan kelab penyokong rasmi Liverpool, All Reds Malaysia, 1,573 mata di tangga kelima.

Berikut kedudukan terkini Liga Fantasi Bual Bola Awani yang dimainkan di laman web Premier League:

1. Malaysian Chelsea Soljabiru (195)

The Blues Blasters 668
Halifax Town 583
Blues FC 554
Jumlah: 1,805

2. Manchester City Malaysia (248)

MCM Cyberjaya 674
MCM Langkawi 595
MCM Tuaran 524
Jumlah: 1,793

3. Arsenal Malaysia (227)

Play For Fun 579
Ah Zan FC 572
Arsenal Malaysia 534
Jumlah: 1,685

4. My Man Utd (239)

Sidchan Power Kan? 547
Return of The King 529
Siti Kasim 515
Jumlah: 1,591

5. All Reds Malaysia (187)

ARM Kaki Langgar FC 553
ARM Pasemboq FC 525
ARM Mek Mung Mek Aku FC 495
Jumlah: 1,573



6. Malaysia Spurs (167)

Hemo Hemo 538
TH Master 485
Cap Ayam 481
Jumlah: 1,504