KELAB penyokong Chelsea, Soljabiru mengekalkan pendahuluan di liga bola sepak fantasi, Liga Bual Bola Awani dengan mengumpul 3,677 mata menerusi tiga wakil mereka, The Blues Blasters, Halifax Town dan Blues FC.

Manchester City Malaysia (MCM) kekal sebagai pencabar terdekat di tempat kedua dengan mengumpul 3,586 mata selepas tamat minggu ke-21 Liga Perdana Inggeris.

Setiap minggu, pengurus pasukan bagi The Blues Blasters, Che Shamshida Nasir mengumpul mata yang tinggi dengan konsisten untuk mengetuai cabaran pasukan Soljabiru.

Setakat ini, Blues Blasters mendahului carta individu liga tersebut dengan mengumpul 1,289 mata, 30 mata di hadapan pencabar terdekat, Ah Zan FC dari Arsenal Malaysia.

Arsenal Malaysia pula menduduki tempat ketiga dengan 3,517 diikuti kelab penyokong Tottenham Hotspur, Malaysia Spurs yang melonjak ke tangga keempat dari tempat kelima dengan 3,297 mata.

My Man Utd jatuh ke tangga kelima dengan 3,285 mata dan diekori rapat oleh kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia, yang berada di kedudukan tercorot dengan 3,277 mata.

Liga Fantasi Bual Bola Awani adalah berdasarkan permainan liga fantasi di laman web rasmi Premier League dan akan bersambung minggu depan.

Berikut kedudukan mata dan carta Liga Fantasi Bual Bola Awani.

1. Malaysian Chelsea Soljabiru

The Blues Blasters 1289
Halifax Town 1259
Blues FC 1119
Jumlah: 3,667

2. Manchester City Malaysia

MCM Cyberjaya 1,251
MCM Langkawi 1,198
MCM Tuaran 1,137
Jumlah: 3,586

3. Arsenal Malaysia

Ah Zan FC 1,259
Play For Fun 1,153
Cardiff FC 1,105
Jumlah: 3,517

4. Malaysia Spurs

Hemo Hemo 1,170
TH Master 1,065
Cap Ayam 1,062
Jumlah: 3,297

5. My Man Utd

Sidchan Power Kan? 1,133
Return of The King 1,103
Siti Kasim 1,049
Jumlah: 3,285

6. All Reds Malaysia

ARM Kaki Langgar FC 1,153
ARM Mek Mung Mek Aku FC 1,080
ARM Pasemboq FC 1,044
Jumlah: 3,277