PERSAINGAN terus sengit dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas juara bertahan, Manchester City membenam Huddersfield 3-0 di Stadium John Smith.
Danilo membuka tirai jaringan buat pasukan pelawat, selepas percubaannya dari jarak jauh pada minit ke-18 menerjah jaring selepas terkena kepala Christopher Schindler.
Gol kedua City dijaringkan dalam babak kedua oleh Raheem Sterling, yang menanduk masuk hantaran Leroy Sane pada minit ke-54.
Dua minit kemudian, giliran Sane pula untuk mencatat nama sebagai penjaring, selepas menolak masuk bola hasil tandukan Sergio Aguero.
Kemenangan tersebut membolehkan City kembali merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Liverpool kepada empat mata.
City berada di tangga kedua dengan 56 mata, manakala Liverpool 60 mata.
Huddersfield turun ke gelanggang sendiri menentang City pada Ahad tanpa pengurus, selepas David Wagner meninggalkan kelab tersebut atas persetujuan bersama.
Jurulatih, Mark Hudson diberi tugas sebagai pengendali pasukan buat sementara.
Ian Johan Ariff
Sun Jan 20 2019
Leroy Sane meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga Manchester City menentang Huddersfield di Stadium John Smith - AP
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Manchester City rapatkan kedudukan dengan Liverpool
Manchester City merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Liverpool selepas membenam Huddersfield 3-0.
Neymar bertambah baik setiap hari - Danilo
Pertahanan kanan Brazil, Danilo, sedar kecergasan Neymar semakin bertambah baik untuk menghadapi Piala Dunia apabila dia mula membuat larian dalam latihan.
Manchester City menang lagi, gelaran juara EPL hampir pasti
Kehebatan Manchester City tidak boleh disangkal lagi apabila mencatat kemenangan ke-17 berturut-turut dengan membelasah Bournemouth 4-0.