Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung sejak 22 November lepas bakal melabuhkan tirainya dengan final kedua yang menyaksikan dua negara berjiran, Malaysia dan Thailand bertarung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Malaysia yang kalah 0-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Rabu lepas berdepan misi getir untuk sekurang-kurangnya menjaringkan tiga gol tanpa balas bagi memastikan trofi Piala AFF kembali semua ke tanah air selepas 2010.
Sebagai rekod, Malaysia pernah menjuarai kejohanan bola sepak dwitahunan ini pada 2010 di bawah kendalian bekas jurulatih, Datuk K.Rajagobal selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia.
GALERI FOTO AKSI PERTAMA FINAL PIALA SUZUKI
Berdasarkan rekod terdahulu antara Malaysia dan Thailand, kelebihan nyata lebih memihak kepada Thailand yang melakar enam kemenangan daripada 11 pertemuan menentang skuad Harimau Malaya pada saingan Piala AFF yang diperkenalkan pada 1996 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger.
Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada final 1996 yang menyaksikan skuad 'Gajah Perang' itu menang 1-0 di Singapura dan selepas 18 tahun, mereka kembali berentap bagi menentukan 'Raja Bola Sepak Asia Tenggara'.
Skuad Harimau Malaya seharusnya memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang bakal dibanjiri dengan pemain 'ke-12' iaitu hampir lebih 90,000 penyokong termasuk penyokong tegar, Ultras Malaya.
Misi memburu gol awal menjadi keutamaan skuad negara dalam membakar semangat para pemain untuk mencatatkan kemenangan ke atas Thailand yang turut berhasrat meraih kejuaraan keempat selepas muncul juara pada tiga edisi terdahulu iaitu 1996, 2000 dan 2002.
Dollah yang ditemui pemberita pada sesi latihan terakhir di 'venue' perlawanan Sabtu, mengakui gol awal amat penting dalam meningkatkan keyakinan pemain dan menyemarakkan lagi sokongan padu penyokong Harimau Malaya.
"Kita kena bagi yang terbaik, yang penting, kita perlu dapatkan gol awal," katanya.
Sentuhan ajaib pengendali kelahiran Melaka itu sekali itu dituntut pada aksi genting berkenaan selepas taktikal beliau menjadi ketika Malaysia mengalahkan Vietnam dengan keputusan agregat 5-4 pada saingan separuh akhir.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 1-2 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 7 Dis lepas, kembali 'mengaum' selepas melakar kemenangan selesa 4-2 bagi menempah tiket final dengan agregat 5-4.
Sokongan padu puluhan ribu 'pemain ke-12' selain sentuhan magis Dollah menjadi kunci penting kepada skuad Harimau Malaya dalam memastikan trofi Piala AFF kembali ke dakapan Malaysia.
Berbeza pula dengan Thailand yang mempunyai misi serampang dua mata iaitu meraih kejuaraan kali keempat selain mengejar habuan berjumlah 20 juta Baht (RM2.115 juta) selain bonus yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) bagi menamatkan penantian kejuaraan selama 12 tahun.
Bernama
Sat Dec 20 2014
Pasukan Malaysia ketika sesi latihan skuad Harimau Malaya dalam sesi latihan pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Bukit Jalil di sini, pada Jumaat. - Foto Bernama
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
'Sejarah hitam' Lampard tahun 2010 permulaan detik bersejarah buat bola sepak
Peristiwa berkenaan menjadi kontroversi dalam dunia bola sepak dan juga menjadi detik bersejarah buat FIFA, di mana akhirnya FIFA memutuskan untuk memasukkan teknologi bantuan pengadil.
Misi buru gol awal menjadi buruan skuad Harimau Malaya
Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung sejak 22 November lepas bakal melabuhkan tirainya dengan final kedua yang menyaksikan dua negara berjiran, Malaysia dan Thailand bertarung.