NANTES telah mengambil langkah undang-undang terhadap Cardiff City bagi menuntut bayaran pertama dalam pembelian pemainnya, Emiliano Sala, yang hilang ketika menaiki sebuah pesawat dalam perjalanan ke Wales pada 21 Januari lalu.

Menurut laporan Sky Sports, kelab bola sepak Ligue 1 itu menuntut bayaran awal sebanyak 5 juta paun Sterling atau RM26 juta.

Mereka mahu bayaran tersebut dilakukan serta merta.

Cardiff dilaporkan belum lagi membuat apa-apa bayaran dalam pembelian penyerang warga Argentina bernilai 15 juta paun itu.

BACA: Sayu... anjing kesayangan setia menunggu kepulangan Sala

BACA: Pencarian Emiliano Sala: Mayat dikesan dalam pesawat

Ini kerana, kelab Liga Perdana Inggeris itu mahu operasi pencarian pesawat malang yang dipercayai terhempas di Selat Inggeris itu selesai sebelum apa-apa bayaran dibuat.

Dalam satu kenyataan, Cardiff berkata pihaknya tetap akan membayar wang perpindahan tersebut, namun ingin siasatan ke atas kejadian selesai sebelum berbuat demikian.

BACA: 'Pesawat seperti mahu pecah, saya sangat takut'

BACA: Pesawat bawa pemain termahal Cardiff City hilang