LIFESTYLE
Sayu... anjing kesayangan setia menunggu kepulangan Sala

Nala masih menanti kepulangan Sala. -Facebook Romina Sala
KEHILANGAN pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Emiliano Sala, bukan sahaja diratapi keluarga dan peminat.
Kakak Sala, Romina, baru-baru ini berkongsi sekeping gambar menyayat hati yang memaparkan anjing peliharaan Sala menanti kepulangan tuannya.
Anjing yang diberi nama Nala itu dirakam berada di pintu, seolah-olah sedang termenung jauh menantikan Sala.
Difahamkan, Nala yang dipelihara Sala sejak 2015, dijadual dibawa bersama ke Cardiff selepas perpindahan pemain berusia 28 tahun itu dari Nantes ke Cardiff City dimuktamadkan, dua minggu lalu.
Awal hari ini, media melaporkan pasukan pencari berjaya mengesan mayat di dalam bangkai pesawat Piper Malibu yang dikesan di dasar laut di persisiran pantai Guernsey.
Namun belum dapat dipastikan sama ada mayat yang dikesan adalah mayat Sala atau mayat juruterbang, David Ibbotson.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami