Korea Utara tundukkan Hong Kong 2-0 untuk layak ke pusingan akhir Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UEA) tahun depan.

Aksi berlangsung sengit di laman tuan rumah menyaksikan dua pemain Korea Utara, Jong Il-Gwan dan Pak Kwang Ryong menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Pelawat Hong Kong gagal mencari rentak untuk menyamakan kedudukan, biarpun beraksi dengan bekal satu gol, daripada perlawanan pertama Jun lalu.

Ini merupakan perlawanan terakhir buat jurulatih kelahiran Jerman, Jorn Anderson, selepas dua tahun mengemudi pasukan Korea Utara.

Dalam aksi sebelum ini yang berlangsung Jun lalu, Hong Kong ikat kedudukan satu sama dengan Korea Utara, dan berkunjung ke Pyongyang dengan harapan layak ke pusingan akhir.

Selain Korea Utara, pasukan lain yang layak ke final Piala AFC adalah Lubnan, India, Kyrgyztan, Jordan, Vietnam, Oman, Palestin, Filipina dan Yaman.

Penganjuran pada Januari tahun depan adalah edisi ke-17 Piala AFC.