KUALA LUMPUR:Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing, Fabio Quartararo, mengorak langkah besar ke arah merangkul gelaran sulungnya dalam kejuaraan Moto Grand Prix (MotoGP) selepas menang perlumbaan ketiganya musim ini di perlumbaan GP Catalunya di litar Catalunya-Barcelona, Sepanyol, pada Ahad.
Pelumba Perancis berumur 21 tahun itu yang bermula di petak hadapan, menampilkan persembahan cemerlang dengan mengekori rakan sepasukannya, Franco Morbidelli sehingga pusingan kelapan, sebelum memintas dan memenangi perlumbaan ketiganya musim ini dengan catatan masa 40 minit 33.176 saat.
Dua pelumba Sepanyol - Joan Mir dan Alex Rins dari pasukan Team Suzuki Ecstar, masing-masing di tempat kedua dan ketiga selepas ketinggalan 0.928 saat dan 1.898 saat di belakang, sekali gus menamatkan pelumbaan 24 pusingan itu di podium buat pertama kali untuk pasukan mereka, sejak GP San Marino di litar Misano World pada 2007.
Morbidelli yang memulakan perlumbaan di petak pertama, terpaksa berpuas hati di tempat keempat (40 minit 36.022 saat) selepas dipintas di pusingan terakhir oleh kedua-dua pelumba Sepanyol itu.
Kejayaan pada Ahad membolehkan Quartararo kembali mendahului Kejuaraan MotoGP Dunia dengan kelebihan 108 mata, manakala pelumba Itali Andrea Dovizioso dari pasukan Team Ducati MotoGP yang terjatuh pada pusingan pertama, turun ke kedudukan keempat dengan 84 mata selepas lapan perlumbaan.
Sebelum ini Quartararo meraih kemenangan dalam dua perlumbaan di GP Sepanyol dan GP Andalusia di Litar Jerez.
Dalam kategori Moto2, pelumba Petronas Sprinta Racing dari Sepanyol Xavi Vierge, terbabit dalam kemalangan selepas terjatuh di selekoh kesembilan ketika perlumbaan berbaki 15 pusingan, manakala rakan sepasukannya Jake Dixon gagal menamatkan perlumbaan selepas motosikalnya mengalami masalah teknikal.
Dua pelumba Malaysia - Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan Inde Aspar Team Moto2 dan Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan OneXOX TKRR SAG Team, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 dan 20.
Sementara itu pelumba Petronas Sprinta Racing Moto3, Khairul Idham Pawi gagal cemerlang selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-24, manakala rakan sepasukan John McPhee terlibat dalam kemalangan dengan pelumba Sepanyol Albert Arenas dari pasukan Gaviota Aspar Team Moto3 di selekoh keempat pada awal perlumbaan.
Kejuaraan MotoGP Dunia akan diteruskan dengan GP Perancis di litar Le Mans pada 9-11 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 27 2020
Aksi Fabio Quartararo meraikan kejayaan di podium selepas memenangi perlumbaan GP Catalunya di litar Barcelona Catalunya, Montmelo, dekat Barcelona, Sepanyol, 27 Sept, 2020. (Foto AP)
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Quartararo rangkul kemenangan ketiga MotoGP 2020
Sebelum ini Quartararo meraih kemenangan dalam dua perlumbaan di GP Sepanyol dan GP Andalusia di Litar Jerez.