Penunggang Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo menguasai Litar Jerez apabila merangkul kemenangan sulung MotoGPnya di Grand Prinx Sepanyol pada Ahad.
Beliau muncul sebagai pelumba kedua Perancis yang memenangi kelas premier sejak rakan senegara Regis Laconi merangkul kemenangan sama di Litar Valencia pada 1999.
Penunggang berusia 21 tahun berasal dari Nice itu, yang bermula dari petak pertama, mencatat masa 41 minit 23.796 saat dalam perlumbaan 25 pusingan.
Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dari pasukan Monster Energy Yamaha dan pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dari Itali, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga selepas ketinggalan 4.603 saat dan 5.946 saat di belakang Quartararo.
Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli, di tempat kelima dengan catatan masa 41 minit 30.64 saat.
"Kami tahu Marc Marquez (juara bertahan MotoGP) lebih pantas daripada kami namun berdasarkan sesi latihan bebas, kami sedar bahawa kami perlu melakukan dengan lebih baik lagi dan akhirnya kami kekal konsisten sepanjang perlumbaan.
"Keadaan litar amat teruk selepas perlumbaan Moto2, kami tahu biasanya cengkaman tayar tidak begitu baik. Sejujurnya, saya rasa yakin dengan jentera dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yamaha serta pasukan kami atas kemenangan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas perlumbaan itu.
Kemenangan Quartararo pastinya mengubat duka penunggang Petronas Sprinta Racing, John McPhee dari Great Britain yang terlibat dalam kemalangan di selekoh terakhir perlumbaan Moto3.
Rakan sepasukan McPhee, penunggang Malaysia Khairul Idham Pawi mengakhiri perlumbaan di tempat ke-22 daripada 25 pelumba dengan catatan masa 39 minit 55.10 saat.
Dalam perlumbaan Moto2, dua penunggang Petronas Sprinta Racing iaitu Xavi Vierga dan Jack Dixon menyudahkan saingan masing-masing di tempat ke-10 dan ke-18 dengan catatan masa 39:42.887 saat dan 39:59.729 saat.
Dua pelumba Malaysia iaitu Hafizh Syahrin Abdullah daripada Inde Aspar Team Moto2 dan Kasma Daniel Kasmayuddin daripada Onexox TKKR SAG Team masing-masing menduduki tempat keenam dan ke-22 daripada 23 penunggang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020
Quartararo di podium juara diapit pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dan pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso. - AP
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Kemenangan berganda lonjak semangat pasukan Petronas Yamaha SRT
Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali adalah individu paling gembira apabila pelumba pasukannya Fabio Quartararo meraih kemenangan berganda di Litar Jerez, Sepanyol pa
Quartararo rangkul kemenangan sulung MotoGP
Muncul sebagai pelumba kedua Perancis memenangi kelas premier sejak rakan senegara Regis Laconi rangkul kemenangan sama di Litar Valencia pada 1999.
Quartararo raih petak pertama GP Malaysia
Quartararo tampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543km itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat.
Quartararo sambar petak pertama GP Thailand
Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu mencatat sepusingan terpantas satu minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua (Q2) pada Sabtu.
MotoGP: Fabio, John naik podium
Fabio kini berkedudukan ketujuh keseluruhan dengan 92 mata, manakala Franco di tempat ke-12 dengan 58 mata.
Grand Prix Itali: Quartararo bermula dari petak kedua
Quartararo, yang mencatatkan masa kedua pantas pada sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas melakukan masa terbaik sepusingan satu minit dan 45.733 saat.