Pasukan Itali berjaya mendapat markah bonus selepas membenam Kanada 48-7 dalam aksi pasukan Pool B di Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Fukuoka Hakatanomori pada Khamis.

Separuh masa pertama menyaksikan Itali beraksi garang apabila berjaya mengumpul tiga mata pertama selepas dihadiahkan penalti pada minit kedua menerusi pemainnya Tommaso Allan.

Hanya berselang lima minit, Itali menambah lima lagi mata buat menerusi try dari Braam Steyn.

Itali terus dihukum apabila conversion Allan berjaya disempurnakan pada minit kelapan.

Tidak terhenti di situ, pasukan ranking ke-14 itu terus menambah tujuh lagi mata menerusi try dan conversion pada minit ke 13.

Kanada yang juga pasukan ranking ke-22, terus diasak dengan beberapa serangan pihak lawan.

Bagaimanapun pada minit ke-43, try dari Sebastian Negri membuahkan lima lagi mata buat Itali.

Allan menambah dua lagi mata pada minit ke-44 menerusi conversion yang berjaya disempurnakannya.

Ia diikuti penalty try dan try pada minit ke-58 dan 61 menambah 12 lagi mata buat Itali.

Kanada yang cuba bangkit berjaya memecah kebuntuan mata apabila meraih 7 mata menerusi try serta conversion dari Andrew Code dan Peter Nelson pada minit ke-70.

Namun Itali terus menjarakkan kedudukan apabila Federico Zani menambah lima mata menerusi try minit ke-72.

Carlo Canna dan Metteo Minozzi menambah tujuh lagi mata buat Itali dengan conversion dan try pada akhir babak perlawanan.