Seorang doktor Perancis yang merawat bekas bintang Formula One, Michael Schumacher memberitahu bahawa jaguh Jerman itu sedang menunjukkan kemajuan, namun memerlukan masa bertahun-tahun lagi untuk pulih sepenuhnya.
Jean-Francois Payen juga memuji isteri Schumacher, Corinna atas pengorbanannya kepada jaguh tersebut sejak insiden kemalangan ski Disember tahun lalu hingga mengakibatkannya mengalami kecederaan otak yang boleh membawa maut.
"Saya telah menyaksikan beberapa kemajuan namun kita perlu memberikan Schumacher lebih masa lagi. Sama seperti pesakit lain, kita memerlukan skala masa antara satu hingga tiga tahun. Kita perlu bersabar,” ujar Payen yang merawat Schumacher di hospital.
Selepas berada dalam keadaan koma sejak Disember lalu, Schumacher kini berada di rumahnya di Gland, Switzerland. Payen berkata, dia masih merawat ikon berusia 45 tahun itu di hospital di Lausanne juga di rumahnya.
"Saya memantau perkembangannya dan kemudian akan memberitahu isteri dan anak-anaknya tentang perubahan Schumacher,” kata doktor tersebut sambil menambah, Corinna memainkan peranan penting dalam perkembangan positif Schumacher.
AFP
Thu Oct 23 2014
Menurut pakar, isteri Schumacher memainkan peranan penting dalam perkembangan positif bekas bintang Formula One itu. - Foto Fail
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Schumacher perlu masa bertahun-tahun untuk pulih, kata doktor
Isteri Schumacher, Corinna turut memainkan peranan penting dalam perkembangan positif ikon Formula Satu itu.