SERGIO Perez jadi antara empat pemandu yang diintai untuk jadi rakan pelumba Carlos Sainz bagi pasukan McLaren untuk perlumbaan F1 musim depan.

Portal SkySports melaporkan Perez kini dalam proses rundingan untuk kembali ke pasukan itu.

Perez ketika ini berlumba untuk Force India.

Namun, menurut laporan media tempatan, Perez sedang mempertimbang kemungkinan untuk berpindah pasukan.

Perez sebelum ini dibawa McLaren untuk menggantikan Lewis Hamilton pada 2013, namun digugurkan kerana prestasi kurang baik.

Perez bagaimanapun menunjukkan prestasi cemerlang bersama Force India.

Setakat ini, McLaren belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai barisan pelumba untuk musim baru.

Awal bulan ini, McLaren mengumumkan mendapat khidmat pelumba remaja Sepanyol, Lando Norris, bagi menggantikan Fernando Alonso yang mengumumkan bersara penghujung musim ini.