Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC) telah menjumpai bukti penggunaan bahan terlarang dalam beberapa sampel daripada sejumlah 566 yang diuji semasa edisi ke-30 temasya itu.
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Dr SS Cheema berkata sejumlah 475 sampel air kencing dan 91 sampel darah telah diuji semasa temasya sukan dwitahunan yang berlangsung di Filipina dari 30 Nov hingga 11 Dis tahun lepas.
"Filipina berkata jumlah ujian lebih rendah susulan faktor seperti Taufan Kammuri, yang memaksa penganjur menjadualkan semula tarikh serta menukar venue pertandingan. Dilaporkan bahawa sesetengah daripadanya adalah Atypical Findings (ATF) dan Adverse Analytical Findings (AAF).
"Identiti atlet dan negara tidak didedahkan kerana mereka masih dalam proses memuktamadkan penemuan. Menurut kod Agensi Anti Doping Dunia (WADA), identiti terbabit perlu dirahsiakan sehingga proses itu selesai," katanya kepada Bernama.
"Kami berharap mereka akan memuktamadkan proses itu secepat mungkin untuk membolehkan pingat dirampas daripada atlet yang menggunakan dadah dan diserahkan kepada pemenang yang layak.
"Ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017, kita telah meletakkan duluan dengan menyelesaikan pengurusan hasil dalam tempoh setahun, pertama kali dalam sejarah," kata Dr Cheema yang juga anggota Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (MOA).
AAF bermaksud laporan makmal yang menerima akreditasi WADA mengenal pasti kehadiran bahan terlarang (metabolit atau penanda) atau bukti penggunaan kaedah yang dilarang dalam sampel.
ATF pula merujuk kepada laporan makmal yang menerima akreditasi WADA yang memerlukan siasatan lanjut seperti yang ditetapkan oleh standard antarabangsa bagi makmal atau dokumen teknikal yang berkaitan sebelum penentuan sesuatu AAF.
PHISGOC turut melaporkan bahawa Sukan SEA 2019 berjalan tanpa sebarang kecederaan utama pada mesyuarat itu yang disusuli pembentangan daripada tuan rumah seterusnya, Vietnam berhubung rancangan perubatan serta anti dopingnya bagi edisi 2021.
Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sejumlah 799 sampel air kencing dan 32 sampel darah telah diuji, menyaksikan peningkatan berbanding 600 sampel air kencing yang diuji pada edisi 2015 di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Identiti atlet dan negara terlibat tidak didedahkan kerana mereka masih dalam proses memuktamadkan penemuan.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
AWANI Ringkas: Ada usaha kurangkan majoriti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Pulau Pinang umum pelan untuk Taman Reka Bentuk IC dan digital
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Piala Thomas: Gegaran sambutan tayangan skrin besar
Bersama Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud di Putrajaya, Dataran Putrajaya, membuat liputan gegaran sambutan tayangan skrin besar Separuh Akhir Piala Thomas.
Polis tahan 28 lelaki bergaduh di Butterworth
Polis menahan 28 lelaki hari ini, dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Jalan Raja Uda di Butterworth pada Jumaat, seperti yang tular melalui media sosial.
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
Sukan SEA: Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.