Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC) telah menjumpai bukti penggunaan bahan terlarang dalam beberapa sampel daripada sejumlah 566 yang diuji semasa edisi ke-30 temasya itu.
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Dr SS Cheema berkata sejumlah 475 sampel air kencing dan 91 sampel darah telah diuji semasa temasya sukan dwitahunan yang berlangsung di Filipina dari 30 Nov hingga 11 Dis tahun lepas.
"Filipina berkata jumlah ujian lebih rendah susulan faktor seperti Taufan Kammuri, yang memaksa penganjur menjadualkan semula tarikh serta menukar venue pertandingan. Dilaporkan bahawa sesetengah daripadanya adalah Atypical Findings (ATF) dan Adverse Analytical Findings (AAF).
"Identiti atlet dan negara tidak didedahkan kerana mereka masih dalam proses memuktamadkan penemuan. Menurut kod Agensi Anti Doping Dunia (WADA), identiti terbabit perlu dirahsiakan sehingga proses itu selesai," katanya kepada Bernama.
"Kami berharap mereka akan memuktamadkan proses itu secepat mungkin untuk membolehkan pingat dirampas daripada atlet yang menggunakan dadah dan diserahkan kepada pemenang yang layak.
"Ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017, kita telah meletakkan duluan dengan menyelesaikan pengurusan hasil dalam tempoh setahun, pertama kali dalam sejarah," kata Dr Cheema yang juga anggota Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (MOA).
AAF bermaksud laporan makmal yang menerima akreditasi WADA mengenal pasti kehadiran bahan terlarang (metabolit atau penanda) atau bukti penggunaan kaedah yang dilarang dalam sampel.
ATF pula merujuk kepada laporan makmal yang menerima akreditasi WADA yang memerlukan siasatan lanjut seperti yang ditetapkan oleh standard antarabangsa bagi makmal atau dokumen teknikal yang berkaitan sebelum penentuan sesuatu AAF.
PHISGOC turut melaporkan bahawa Sukan SEA 2019 berjalan tanpa sebarang kecederaan utama pada mesyuarat itu yang disusuli pembentangan daripada tuan rumah seterusnya, Vietnam berhubung rancangan perubatan serta anti dopingnya bagi edisi 2021.
Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sejumlah 799 sampel air kencing dan 32 sampel darah telah diuji, menyaksikan peningkatan berbanding 600 sampel air kencing yang diuji pada edisi 2015 di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020

Identiti atlet dan negara terlibat tidak didedahkan kerana mereka masih dalam proses memuktamadkan penemuan.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Gagal Rayuan | Kalwant Singh jalani hukuman mati Khamis
Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan pada Khamis. Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji. Kalwant, 32 tahun dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah | Pengeluaran RM1 juta arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa pengeluaran wang RM1 juta adalah atas arahan Ahli Parlimen Muar dan tidak mengikut prosedur. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.

Kes SRC | Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).

JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha
Ia bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan itu.

Banjir Baling | Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di Baling semata-mata untuk membuat kandungan media sosial. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan boleh dikenakan kerana tindakan mereka menghalang tugas penjawat awam.

Gangguan Bekalan Air | Penduduk Pulau Pinang buat pembelian panik air mineral
Penduduk Pulau Pinang menyerbu kedai dan pasar raya bagi mendapatkan stok air mineral selepas mengalami gangguan bekalan air pada Rabu. Bekalan air di seluruh negeri itu terputus selama empat jam menyebabkan penduduk panik dan bertindak membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Sukan SEA: Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.