Senarai pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan tidak melibatkan campur tangan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kata Setiausaha Agungnya Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata pemilihan dibuat berdasarkan cadangan penolong jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe berikutan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada belum sempat menilai sendiri prestasi pemain dalam saingan Liga Malaysia.
"Semua perlu tahu Vingada seorang jurulatih yang meminati pemain muda. Beliau sendiri telah memberitahu akan memantau pemain daripada skuad Projek Sukan SEA 2017 kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan pada masa akan datang.
"Cuma untuk perlawanan pertama bertemu Lubnan pada 13 Jun ini, Vingada tidak mempunyai masa yang secukupnya dan menggunakan gabungan pemain sedia ada yang dirasakan adalah terbaik buat masa ini menerusi pemantauan oleh Cheng Hoe," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Hamidin berkata pembentukan skuad Harimau Malaya yang lebih mantap akan dapat dilihat selepas sambutan Hari Raya berikutan Vingada sendiri dapat melakukan pemantauan pemain dalam saingan Liga Malaysia dan Piala Malaysia.
Justeru, Hamidin meminta agar peminat dan penyokong bola sepak tempatan bersabar dan berhenti membuat kritikan secara berterusan kerana bola sepak kini berada dalam proses melakukan perubahan ke arah yang lebih positif.
"Sudah tentu bagi perlawanan skuad kebangsaan seterusnya pada September, Oktober dan November nanti, Vingada akan dapat membariskan gabungan pemain muda dan senior terbaik untuk memperkasakan skuad Harimau Malaya," katanya.
Selepas senarai nama 26 pemain dipanggil menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan dikeluarkan pada Rabu lepas, terdapat banyak kritikan terhadap pemilihan pemain tersebut dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak serta bekas-bekas pemain yang disiarkan di media.
Hamidin berkata daripada senarai 26 pemain itu, hanya sembilan pemain sebenarnya berusia 30 tahun dan ke atas yang dilabel sebagai 'kuda tua' manakala selebihnya 17 pemain berusia di bawah 30 tahun melibatkan tujuh pemain dalam lingkungan usia 22 hingga 25 tahun, dan 10 pemain berusia 26 hingga 29 tahun.
Mengenai empat pemain yang sebelum ini mengumumkan persaraan dalam skuad kebangsaan -- Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal, beliau berkata itu adalah kehendak pemain-pemain berkenaan untuk kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya.
Hamidin, bagaimanapun berkata prestasi mereka akan tetap dianalisis dalam kem latihan dan tidak semestinya mereka akan kekal dalam pasukan kebangsaan jika gagal mempamerkan prestasi yang baik.
"Bagi saya, sesiapa saja tidak kiralah pemain kuda tua, pemain yang kembali daripada persaraan atau pun pemain muda sekali pun, jika terbukti mereka adalah yang terbaik, mereka boleh menyarung jersi skuad Harimau Malaya.
"Janganlah kita semua terlalu cepat menilai sebelum sempat pun pemain-pemain ini dan Vingada sendiri turun padang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017
HAMIDIN: Pemilihan dibuat berdasarkan cadangan penolong jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe berikutan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada belum sempat menilai sendiri prestasi pemain.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.