Samsung Malaysia Electronics pada Selasa memperkenalkan ciri-ciri dwikamera, Live Focus dan Dual Capture untuk Samsung Galaxy Note 8 bagi pasaran Malaysia.
Live Focus membolehkan pengguna mengawal keamatan kesan kabur keseluruhan manakala Dual Capture membolehkan pengguna mendapat akses versi zum masuk dan sudut lebar.
"Pelanggan boleh menikmati penjimatan RM888 dan ganjaran dalam bentuk rebat tunai, waranti percuma Samsung Protection Plus, pek bateri dan penutup yang jelas apabila membuat tempahan semasa jualan promosi pra-tempahan dari 5 hingga 10 September," kata Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh kepada pemberita hari ini.
Menurutnya, pelanggan yang berminat boleh layari samsung.com/my dan memilih warna kegemaran mereka semasa tempoh promosi.
Sementara itu, jurugambar fesyen dan komersil, Michael Yeoh berkata, Samsung Galaxy Note 8 dwikamera membolehkan pengguna menyesuaikan kedalaman medan rakaman yang hanya boleh diperoleh oleh jurugambar profesional.
Paling menarik adalah pengguna boleh mendapat dua keping gambar serupa dalam satu rakaman gambar tetapi dengan titik tumpuan yang berbeza, kanta telefoto memberi fokus pada subjek manakala kanta sudut lebar memberi tumpuan kepada landskap.
Samsung Galaxy Note 8 boleh dibeli pada harga runcit RM3,999 seunit termasuk GST bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2017
Samsung Galaxy Note 8 dwikamera membolehkan pengguna menyesuaikan kedalaman medan rakaman yang hanya boleh diperoleh oleh jurugambar profesional. - REUTERS
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Samsung naik taraf Bixby dengan AI Generatif
Bixby akan kekal wujud di samping Galaxy AI dan Samsung akan terus mengemas kini pembantu maya mereka ini untuk lebih mesra pengguna.
Samsung lancar televisyen AI 27 Mac ini
Pada 27 Mac 2024, 9PM Samsung Malaysia akan mengadakan acara Unbox & Discover 2024.
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina.
Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA
Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari.
7 daripada 10 telefon paling laris 2023 ialah iPhone, 3 lagi keluaran Samsung
iPhone 14 Pro Max mencatatkan jualan tertinggi dengan 34 juta unit.
Pengeluaran tablet susut 10.3% sepanjang 2023, iPad memegang 40% pasaran
Sepanjang 2023, pengeluaran tablet susut 10.3% berbanding 2022.
Pengerusi Eksekutif Samsung didapati tidak bersalah kes penyelewengan
Risiko dipenjarakan semula kerana kesalahan memberikan rasuah kepada Presiden Park Geun-hye tidak akan berlaku.
Siri Galaxy S24, telefon AI pertama daripada Samsung kini tiba
Dikuasakan Galaxy AI yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna buat selamanya.
Keunggulan kuasa AI di tapak tangan anda dengan Galaxy AI
Satu pengalaman AI bimbit menyeluruh, dipacu bersama oleh AI dalam peranti dibangunkan Samsung serta AI berasaskan awan.