Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar yang dinanti-nantikan, Galaxy S9 and S9 Plus , pada harga dari RM3,299 hingga RM4,399, mulai hari ini.
Terdapat dalam tiga warna iaitu hitam, biru laut dan ungu muda, telefon pintar itu diilhamkan daripada cara berkomunikasi di media sosial masa kini.
Ketua IT dan Perniagaan Mudah Alih Samsung Malaysia Electronics, KM Liew berkata dengan perkembangan ekspresi diri, pengguna kini menggunakan imej, video dan emoji untuk menyampaikan pemikiran mereka.
"Galaxy S9 dan S9 + dilengkapi dengan ciri emoji AR yang baru, super 'slo-mo' serta super ringan dan ini akan membolehkan pengguna menikmati dan mengadakan tahap komunikasi visual yang baru, disesuaikan dengan suara unik mereka sendiri," kata Liew pada majlis pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus pada Khamis.
Beliau berkata Samsung sentiasa di barisan hadapan dalam menghasilkan kamera telefon pintar yang hebat dan dengan komitmen yang tinggi kepada pengguna, Samsung telah membawa telefon pintar terkini ini ke tahap lebih tinggi dengan mereka bentuk semula serta menaik taraf kamera.
Dengan pengguna hari ini yang mahukan kamera telefon pintar dengan teknologi terkini, bukan sahaja untuk mengambil gambar tetapi juga untuk menceritakan kisah unik mereka, kedua-dua kamera model berkenaan menyediakan sensor piksel berkelajuan super dengan kuasa pemprosesan khusus dan memori untuk mengambil gambar berkualiti tinggi.
Kedua-dua kamera apertur secara automatik akan menyesuaikan keadaan pencahayaannya dengan membenarkan lebih banyak cahaya apabila gelap melalui kanta apertur yang lebih besar (F1.5) dan beralih kepada lensa apertur lebih rendah (F2.4) di bawah cahaya terang untuk memastikan gambar yang diambil jelas.
Perantinya menyokong memori yang boleh ditambah sehingga 400GB melalui kad Micro SD.
Superstar Hallyu, Park Bogum menyertai pelancaran berkenaan dengan membuat penampilan istimewa untuk menunjukkan beberapa ciri telefon pintar itu pada majlis yang berlangsung di Pavilion, di sini, dan menarik ribuan peminat.
Bagi meraikan pelancarannya di Malaysia, Samsung Malaysia Electronics akan mengadakan promosi terhad di Pavilion Kuala Lumpur, Quensbay Mall di Pulau Pinang dan Aeon Bandar Dato Onn di Johor Bahru.
Bermula hari ini hingga 18 Mac, pelanggan yang membeli Galaxy S9 atau S9 + layak menerima hadiah eksklusif termasuk alat pengecas tanpa wayar Samsung secara percuma, diskaun 30 peratus bagi Samsung Gear Sport, dan diskaun RM50 bagi pelindung telefon terpilih, dan pelan pembayaran mudah sehingga 12 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 16 2018
Dengan perkembangan ekspresi diri, pengguna kini menggunakan imej, video dan emoji untuk menyampaikan pemikiran mereka. - Foto samsung.com
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Ibu bapa perlu pastikan anak bawah 13 tahun tidak miliki akaun media sosial - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Pertandingan Ratu Cantik AI pula dianjurkan
Tujuan pertandingan ini dianjurkan ialah mencari bakat penghasil kandungan AI generatif dari seluruh dunia.
Diskusi agama bersifat provokatif, KPN akan panggil pihak terlibat
KPN akan memanggil pihak yang dikenal pasti terlibat diskusi agama bersifat provokatif menerusi media sosial untuk menghadiri perbincangan bersemuka dalam masa terdekat.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.