Jenaka perpindahan Ronaldo: 'Maaf, tiada kursus yang sesuai di UiTM untuk Ronaldo'

Jenaka perpindahan Ronaldo: 'Maaf, tiada kursus yang sesuai di UiTM untuk Ronaldo'
UiTM tidak ketinggalan mengusik Ronaldo berhubung isu perpindahannya dari Real Madrid.FOTO/Twitter UiTM FC
APABILA pemain terbaik dunia empat kali, Cristiano Ronaldo, menyatakan hasrat untuk meninggalkan Real Madrid, beberapa kelab bola sepak  mula memuat naik status bernada usikan terhadap pemain itu ke akaun laman sosial masing-masing.

Ia bukan situasi pelik kerana nama besar yang dimiliki Ronaldo.

Antara yang mengambil bahagian untuk memeriahkan suasana adalah kelab lamanya, Sporting Lisbon, Bolton Wanderers dan Salisbury FC.
Kelab bola sepak Hertha Berlin antara yang mendapat perhatian apabila menawarkan 'kasih sayang yang tidak berbelah bahagi' untuk Ronaldo.


Di Malaysia, kelab bola sepak UiTM FC turut tidak mahu ketinggalan.

Akaun Twitter kelab berkenaan telah memuat naik status berikut:


"Teruja dikaitkan namun kami ingin mengumumkan ia tidak akan berlaku kerana tiada kursus yang sesuai untuk Ronaldo di UiTM," itu yang ditulis di akaun berkenaan.

Pengikut-pengikut akaun itu pula nampaknya 'layan' saja usikan berkenaan, malah sempat mencadangkan beberapa kursus yang sesuai untuk diambil Ronaldo.

"Confirm selalu tak datang kelas sebab nak main di Euro, Piala Dunia dan macam-macam kejohanan lagi," kata pemilik akaun Twitter Izzad Sharif.


Mohd Ashraf pula 'kecewa' apabila UiTM FC tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bintang Portugal itu.


Ronaldo sebelum ini dilaporkan 'merajuk' dengan kerajaan Sepanyol berhubung isu cukai yang dibangkitkan.