Satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia tidak bersarapan, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Hasil kajian MyBreakfast yang dilakukan bersama 8,705 pelajar sekolah di seluruh negara menunjukkan mereka kurang cergas dan situasi itu berada pada tahap membimbangkan.

Pengurus Pemakanan Korporat Nestle Malaysia Berhad, Cher Siew Wei berkata masih ramai tidak sedar, mereka kehilangan 80 peratus tenaga ketika waktu tidur.


Melalui kajian itu, trend sarapan semasa kanak-kanak di negara ini tidak menunjukkan keadaan yang memberangsangkan.

"Kajian yang kita lakukan pada tahun 2007 tidak menunjukkan perubahan iaitu 1 daripada 4 pelajar juga dan kajian terkini pada tahun 2015 juga membuktikan jumlah 1 daripada 4 yang tidak mengambil sarapan.

Ia juga jelas terbukit bahawa tiada sebarang perbezaan di antara kawasan bandar dan luar bandar dimana kita fikir kawasan luar bandar akan mengambil sarapan namun ia adalah sama seperti di kawasan bandar", katanya ketika ditemui Astro Awani di sini.

Katanya, bagi mengatasi perkara itu, tubuh manusia memerlukan sarapan yang baik supaya dapat membekalkan tenaga maksimum untuk kecergasan mental dan fizikal sepanjang hari.

Cher berkata antara usaha yang dapat membantu kanak-kanak mempunyai tahap aktiviti fizikal yang tinggi ialah mengambil minuman malt.

Minuman malt boleh menjadi strategi diet yang berkesan untuk meningkatkan kualiti sarapan secara menyeluruh.

Cher berkata setakat ini, program kesedaran di kalangan masyarakat di negara ini masih rendah.

Pihaknya meminta supaya agensi kerajaan supaya tampil bersama meningkatkan program kesedaran bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan bersarapan.