USIANYA baru 22 tahun, namun dia telah menjalani hampir 30 prosedur pembedahan plastik sejak lima tahun lalu.
Semua itu dilakukan bintang YouTube Hong Kong, Berry Ng, demi cinta terhadap teman lelakinya.
Memetik laporan China Press, Ng mengakui mengalami masalah kurang keyakinan diri sejak awal remaja lagi.
"Saya sering membandingkan diri saya dengan kecantikan yang dimiliki peragawati dan bintang terkenal. Saya tahu ia tidak patut tetapi saya tidak dapat halang diri saya," katanya.
Perkenalan Ng dengan seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua tidak lama selepas itu, membawa Ng berjinak-jinak dengan pembedahan plastik.
Jika kebanyakan lelaki akan menerima teman wanita mereka tanpa syarat, sebaliknya pula berlaku pada Ng. Dia diyakinkan teman lelakinya bahawa dia 'tidak cukup cantik'.
"Dia kerap memuji gadis lain dan mengatakan saya tidak cukup cantik. Setiap kali saya melakukan prosedur pembedahan plastik, ia tetap tidak memuaskan hatinya.
"Saya melakukan prosedur di bahagian dahi, mata, pipi, hidung dan dagu. Namun dia tetap tidak memuji saya," cerita Ng.
Tambah Ng, jika dia mendapat pujian seperti yang diharapkan, dia akan berhenti melakukan kesemua prosedur itu.
Kemuncaknya apabila Ng melakukan pembedahan payudara selepas teman lelakinya mengkritik 'saiznya terlalu kecil'.
Namun ketika dia terlantar di hospital selepas pembedahan, teman lelakinya datang dan memarahinya, sambil mendakwa dia tidak pernah menyuruh Ng melakukan pembedahan itu.
Kesabaran Ng sampai ke penghujung selepas melihat ibunya kerap menangis sewaktu menjaganya di hospital, lantas mengambil keputusan memutuskan hubungan.
Ditanya jika dia suka dengan penampilannya hari ini, Ng berkata, dia lebih suka wajahnya dahulu.
"Kalau saya mampu, saya akan lakukan apa sahaja untuk kembali ke masa silam dan hentikan kebodohan saya," katanya.
Madiha Abdullah
Wed Dec 06 2017
Perkenalan Ng dengan seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua membawa Ng berjinak-jinak dengan pembedahan plastik.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerana cinta, gadis 22 tahun jalani 30 prosedur pembedahan plastik
Perkenalan Ng dengan seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua membawa Ng berjinak-jinak dengan pembedahan plastik.