SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, cukup dikenali bukan sahaja dalam kalangan rakyat Johor, malah rakyat Malaysia keseluruhannya, sebagai raja berjiwa rakyat.
Justeru apabila baginda terserempak dengan sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti aktiviti di pantai berhampiran Istana Sri Mersing, baginda tidak keberatan untuk beramah mesra dengan mereka, walaupun terpaksa memperlahankan kenderaan yang dipandu baginda.
Baginda ketika itu sedang bersiar-siar sambil memandu Land Rover berwarna jingga milik baginda di kawasan itu.
Dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Facebook, sikap prihatin baginda terserlah apabila antara soalan yang ditanya kepada kumpulan pelajar itu ialah "Makan sedap tak semua?"
"Kami belum makan," jawab kumpulan pelajar itu.
Sultan Ibrahim kemudiannya memberitahu yang baginda akan membelikan mereka hidangan Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai hidangan makan malam.
Janji itu dilunaskan baginda apabila 150 pek bungkusan KFC sampai ke Kem Pusat Kecemerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Mersing, untuk dinikmati oleh kira-kira 80 orang peserta program.
Turut disertakan bersama adalah pesanan baginda agar pelajar-pelajar terbabit berlajar bersungguh-sungguh serta menghormati guru-guru dan ibu bapa.
Apa yang dilakukan Sultan Ibrahim itu sekali lagi menambat hati netizen, yang menyatakan betapa bertuah rakyat Johor mempunyai seorang pemerintah seperti baginda.
Video itu setakat ini sudah mencatat lebih 300,000 tontonan sejak dimuat naik pagi tadi.
Madiha Abdullah
Tue Jul 26 2016
Sultan Ibrahim tidak keberatan beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang nampak teruja bertemu dengan baginda.Foto/Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Sultan Johor zahir tahniah atas pemasyhuran Sultan Pahang
Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah di atas pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang.
Sultan Johor lawat Anwar Ibrahim di Turki
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Medipol, Istanbul, Turki.
Johor negeri pertama haramkan penjualan vape
Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan sesetengah ahli politik yang dilihat mengalah kepada kehendak dan permintaan peniaga vape.
Pendedahan fakta bola sepak oleh TMJ
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mempersoalkan perjanjian hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MP SILVA.